dari jumaat lepas, aku sangat keletihan..macam2 perkara dah berlaku, bermula dari satu masaalah merebak kemasalah lain.aku terpaksa lalui.. mungkin kerana sikap "tunggu dan lihat" semunya terjadi.. mungkin kerana sikap terlalu memikirkan perasaan orang aku jadi begini. tapi saat ni aku mula redha dengan ape yang dah terjadi. once it done, it done kate orang putihnye... walaupun letih dek kerana haluan 3 hari ni, aku masih cuba untuk berdiri, walaupun pedih terpaksa aku lalui.. aku lalui sendiri segala bebanan, bebanan kerja, bebanan hidup n beberapa bebanan yang tak patut aku ceritakan kat sini... aku kecewa,aku lemah, aku tak terdaya. aku cuma seorang lelaki biasa, yang punya kudrat biasa, yang punya perasaan biasa dan personaliti biasa. aku tak pandai bermanis mulut, jauh sekali beromantik2. aku mahu semuanya menjadi biasa, tapi aku punya cita2 luar biasa.tak perlu aku ceritakan semuanya disini. biarlah terus tertulis dalam lembaran sejarah hidup ni..andai kata dah tertulis untuk aku, aku terima dengan hati terbuka.andai bukan, aku tetap redha. tapi yang pasti aku tak mahu putus asa, selagi aku termampu, aku akan tetap mencuba. aku tak mahu tinggalkan ape yang dah aku semai, ape yang dah jadi sebahagian dari hidup aku. belum ada seorang pun yang rapat dengan aku tahu ape yang terbuku dalam hati aku, aku belum bersedia mahu berkongsi.biarlah menjadi rahsia sampai aku mati, sekurang-kurangnya buat masa ni...
Aku terlambat, waktu si pipit disambar helang, sang rajawali masih tak perasan kerna sang rajawali masih menanti saat yang sesuai.. bila sedari, sang rajawali hilang arah dan tujuan.
Aku terlambat, waktu si pipit disambar helang, sang rajawali masih tak perasan kerna sang rajawali masih menanti saat yang sesuai.. bila sedari, sang rajawali hilang arah dan tujuan.
0 cakap-cakap:
Post a Comment