Wednesday, March 24, 2010

menghitung hari......


hari2 yang dilalui terasa sangat pantas pergi...mingu ni aku rasakan cukup pantas berlalu, sudah 3 hari aku hantar surat resign, hanya semingu lagi yang berbaki tuk aku kerja kat cini...hurm..mungkin lepas ni aku jarang berbloging, jarang berfesbuk, jarang on line ym... mungkin masa yang selalunya sengang akan dipenuhi dengan aktiviti kerja... tu lah pilihan yang aku buat, aku yang memilih jalan ini.. mingu depan aku akan berada dalam situasi baru, persekitaran baru, kenalan baru...aku bermula semula dari bawah..harap2 pilihan yang aku buat ni tak salah.....

Monday, March 22, 2010

resign


aku sudah hantar surat resign sama itu bos... status bos yang beliau miliki akan berubah kepada bekas bos...haha...gila kejam, aku hantar notis berkuat kuasa 1 april 2010.. so aku akan bertukar bos, mencedok skill baru..minda aku dah cukup bersawang, kini aku nak clearkan balik, nak ilmu baru sebelum aku sambung degree...

Friday, March 19, 2010

kenape ni...?

hari2 yang tipikal sangat membosankan?heh..memang,itu la yang aku duk rase hari2... sangat tipikal, 8am-5pm keje kat ofis or site then kul 6pm-1am kat burger... letih,penat..kesian pada cik hunny, asyik keseorangan..sebolehnye aku akan luangkan masa tuk dia..aku sekarang pun dalam perancangan tuk tukar kerja lain, kerja yang lebih baik dari kerja aku sekarang..kerja yang x membuatkan aku terperuk kat 1 tempat, yang membuatkan minda aku bersawang, beku..

dalam bulan mac ni saje macam2 perkara dah berlaku. tapi org kata kalau banyak benda buruk berlaku bertimpa2 akan ada benda baik yang akan menyusul..betul ke? fakta atau auta semata2?

first benda buruk yang berlaku dalam bulan ni:10/3/2010
-hari tu aku berniaga burger macam biasa, tapi aku dah bau2 ade benda x elok akan berlaku.mase nak alih lori ke depan sikit, start2 lori tak mau hidup, puas aku pulas2 kunci tu..akhirnya hidup gak..alih lori n niaga macam biasa.. mase niaga tu saje aku dah kene 2 musibah.
1)ade budak muntah kat wayar dari generator ke lori..argh!!nak kene jirus air n bersihkan wayar tu pulak, fakta:aku pengeli. memang menyumpah seranah dalam hati..tapi x meluahkan..
2) tengah syok2 tebar telur tuk buat daging special. telur ke empat a.k.a last tebar tuk special order tu. aku pecah telur, pop!! bau "harum semerbak" mencucuk idung. chelake!!telur busuk..!! aku terus angkat daging, kasi buang telur tu, terus jirus kuali yang panas tu dengan air. kasi cuci. naik terus wap air,panas yang amat.nauzubillah bau dia....tiba2 tekak jadi loya, syukur masih boleh bertahan.... tepek balik majerin, kasi licin kuali then scrap permukaan kuali tu balik..tensen tul aku...tapi masih mampu bersabar. lepas tu aku nak tebar telur akan aku pastikan telur tu bukan telur tembelang, serius aku fobia dengan telur....
3) ni part paling best malam tu...around 1am++ sesudah siap mengemas barang2 burger, sume dah masuk dalam lori aku start lori.dem!!tak idup langsung. sebiji lampu pun tak hidup..sah!!bateri kong...ape lagi, menolak la lori tu kejap, syukur leh idup..dalam hati dah hepi gile..dalam perjalanan hantar lori tu, lori jadi semput..kepeh.. kepeh...aku tekan2 minyak, dem..terus mati engin.. try tolak2 lagi. tak mau idup gak..sudahnye dengan kudrat 3 orang kitorang tolak lori tu sampai jalan 6..bapak jauh, ade kot 1 KM...sampai kat rumah dah dekat 2.30am..letih gile......nak tercabut paru-paru n jantung aku...

kalau tolak macam ni tak pe lagi...

benda buruk kedua berlaku: 17/3/2010
segala2nya perfect..lori dalam keadaan baik, telur cun customer boleh tahan...tapi hati rase tak best.. WTH?ape yang akan berlaku? semua masih berjalan dengan lancar, start lori, hidup, bagus....sampai la part si zack nak hidupkan honda dia, x hidup.. dem, sekali lagi? bukak bonet n try nak start lagi.."ketek..ketek.." bunyi dari starter dia..sah starter rosak..nak tolak kasi hidup?mimpi la..kereta auto.. sudahnye aku hantar lori dulu pas tu patah balik kat tempat niaga. nasib baik najib bawak motor...malam tu memang menyeksakan. kereta dia lagi berat dari lori. haish...setengah nyawa gak la menolak kereta tu..sekali lagi menolak kenderaan dari burger ke jalan 6..jauh tu.....sampai rumah sekali lagi kul 2.30pagi..aku masej cik hunny, senyap....kesian dia lame menungu sampai tertidur..aku bersiap, mandi dan solat lalu berbaring merehatkan tubuh...ya allah,penat.. baru aku nak terlelap, telinga menangkap bunyian yang tidak enak..dem!!!mangkuk mane pulak karaoke pagi2 buta ni?barua betul... aku biarkan, tapi sesudah sekian lam aku tak boleh bersabar, ntah dari mane datang angin aku bangun menuju ke tingkap lalu "**$@$ tak tau orang nak tidur ke?? pagi2 buta melalak, anjing pun tau diam!!!*^&^^(^(*" senyap, sunyi........ baru lah aku lelap...kadang2 aku terfikir gak..diorang ni lupe ke yang diorang sebenarnya duduk kat apartmen? rumah yang dinding kau milik orang, bumbung kau lanyai orang dan lantai kau bumbung orang? ini bukan private banglo ok? ade jugak mangkuk2 yang membela anjing, sangat mengangu. malam2 menyalak.. kalau yang tak bela anjing pulak duk bantai karaoke pagi2 buta...tak faham aku, mane kesedaran sivik golongan2 ni....?

benda buruk ketiga berlaku: 18/3/2010
part ni paling best...aku kene saman malam tadi, mase nak alihkan lori kat depan shell.. brader polis tahan aku, mintak ic n lesen. alasan nak saman: lampu ade sebelah je, lampu signal pecah, ni plat patah yang paling best dia cakap: kenderaan dalam keadaan yang tak selamat. abah lu.. aku explain kat brader polis tu, lori ni tak gerak jauh. dari jalan 6C ke jalan 6B SAHAJA. dan waktu bergerak cuma sekitar 1am SAHAJA. heh, dia tak terima penjelasan aku. siap kata nak angkut lori ke balai lagi. aku cakap silakan lah.. the dia tak jadi nak angkut, just saman aje..alasan dia: lori ni bergerak atas jalan kan? haish.. masalah betul, lori tu tak le buruk mane pun, ade lagi rupa lorinye, kukuh lagi.. aku ade pernah nampak 1 apek bawak besi buruk;maksud aku lori dia adalah besi buruk, pintu x de n berkarat bagai. lalu depan polis, polis tu buat tak nampak je.. ni lori yang masih cantik dia saman? dem..aku tak faham..adakah ini korupsi? encik pulisi, if saya ni orang senang, lori tu aku cat baru la, semua aku tukar baru.. siap enjin aku tukar twin cam la..ape nak heran..?dari kau saman aku, baik duit tu aku buat repair lori tu.. soy....

ntah la..nape la malang bertimpa2..?aku pun tak tau..tapi ada gak perkara baik yang berlaku, orang kata hari2 kita macam roda, kadang2 ada kat atas, kadang2 ada kat bawah.. bersyukurlah kita ni masih hidup....

Monday, March 15, 2010

tersentuh perasaan

mase aku jalan2 kat youtube aku terjumpa video ni, ingat tak tentang kebakaran kat australia tahun lepas? sangat tersentuh bila ahli bomba tu bagi minum kat koala tu....



dahsyat tul...



ahli bomba tu sedang bagi minum kat koala tu



video ke-2 ni lak pasal kepanasan melampau kat austarlia dimana suhu mencecah sehinga 120'..oh,sangat tingi......

Wednesday, March 10, 2010

iklan: improve your english


Do you know how good is your English? Let over 15.000 employers know how good your English is, get certified and increase your chances of being hired! You can compare your score with your friends. Spend only few minutes and take quick and fun test. improve your english here: improve

Monday, March 8, 2010

khidmat masyarakat: orang hilang

klik gambar tuk besarkan

jangan la korang menyusahkan famili korang, sayangi mereka dan ingatlah orang yang tersayang..... more info click here

Friday, March 5, 2010

dinosaur lawak...







nota kaki:kentut ba*i membunuh