sehening subuh pagi aku terbangun, lebih awal dari biasa....seawal jam 5.30 pagi aku dah terjaga..mahu lelapkan mata kembali, tapi tak terdaya...aku bangkit dari tilam menuju ke bilik air membersihkan diri. tak lama azan subuh berkumandang... aku solat subuh hari ni dengan sangat tenang. lama aku bertafakur selepas solat. mencari ketenangan dan memikirkan kesilapan. semakin jauh aku berfikir semakin tenang aku rasakan. seolah-olah pergi semua masalah..
semangat baru datang menjelma, memikirkan perancangan yang hampir terlaksana. perancangan yang mampu menjadikan aku insan luar biasa yang mana aku pernah ubah sedikit perancangan itu semenjak aku kenal dia. kini aku kembali ke jalan yang asal..jalan yang aku patut jalan seorang diri. sejak beberapa hari ni ramai sahabat yang menanyakan apa yang dah terjadi. aku cuma mampu katakan aku hilang sesuatu yang penting. terima kasih sahabat kerana ambil berat. kata-kata semangat kalian membantu aku bangun kembali terus melangkah dalam realiti.
hari ni aku lalui seperti biasa, walaupun tempang aku tetap mahu berusaha sembunyikan kesedihan di hati. mujur ramai sahabat memahami, sentiasa mencuri senyuman aku... berusaha membuat aku ketawa..
aku sedari, ada beberapa post yang aku publishkan mungkin menyentuh perasaan beberapa insan. yang melukakan hati yang sedang berkembang..ya tuhan, mengapa aku begini, bertindak mengikut kata hati. menulis tanpa memikirkan hati orang lain. tak guna aku bersedih lagi, tak perlu aku meluahkan kat sini. aku mengalah, aku fikir lebih baik aku pergi dari aku terus melukakan hati. biarlah hari ini aku mengalah untuk kebahagiaan orang lain. aku tak mahu teman aku bersedih hati sebab dari tindakan aku. biarlah dia sentiasa senyum untuk temannya. tak perlu lagi aku bersedih hati, tak perlu lagi aku menangis dalam hati. aku tak mahu orang bersedih kerana aku, ramai sahabat yang menumpang sedih atas apa yang berlaku, walaupun mereka tak tahu apa yang sebernarnya terjadi. biarlah ini jadi rahsia aku sampai mati.
untuk teman, aku hanya mampu doakan kau bahagia disamping dia. aku dah buang post yang aku rasakan melukakan hati kau. aku tak mahu pergi dengan membawa benci. biarlah aku pergi dengan menjadi kenangan. walaupun tak lama aku bersama kau, sekurangnya aku sempat menumpang bahagia. kenangan bersama kau tetap aku abadikan dalam hati. betul kata orang, sesuatu yang datang akan pergi, bersedia la untuk belajar melepaskan..aku akur dengan kata-kata tu...teringat kau kata tak mahu tinggalkan aku sendiri, tapi dalam situasi ni lebih baik aku pergi membawa diri. teman, jangan bersedih hati... sentiasalah senyum untuk si dia kekasih hati. aku sentiasa disini. meneruskan jalan yang berbaki... terima kasih untuk segalanya.
semoga berbahagia azrin dan akmal.
aku bukan pungguk yang hanya mampu rindukan bulan, tapi aku adalah rajawali yang mampu terbang tinggi di awan. walau setinggi mana aku terbang aku tak akan pernah lupakan dahan.
aku bukan pungguk yang hanya mampu rindukan bulan, tapi aku adalah rajawali yang mampu terbang tinggi di awan. walau setinggi mana aku terbang aku tak akan pernah lupakan dahan.
0 cakap-cakap:
Post a Comment