Tuesday, July 28, 2009

kisah evo7, kelisa dan ferrari








Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datanglah sebuah kereta evo7
berhenti di sebelah kelisa tadi.





"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. apa lagi,jiwa muda patang dicabar,dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye....... ..sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


*cerita ni aku sedut dari blog gempak siot.. best siot cite ni..tuan blog jangan mrh ye..?

Monday, July 27, 2009

magic...?

Anda mesti lakukan ini.. cuba jgn tak cuba ... nanti anda akan menyesal.............
Manarik.. pelik tapi benar... misteri nusantara... tak rugi mencuba...


Cuba tumpu perhatian. Ikut arahan dibawah ni... sesuatu menakjubkan akan anda saksikan buat pertama kalinya.. jeng.. jeng...


1. tutup sebelah mata anda (kiri atau kanan)
2. ambil mouse anda
3. tekan butang kanan (right click) mouse tu
4. pilih "select all" (atau ctrl-A atau select all guna mouse tu)

woi, takde kerja lain ke... asyik main internet jer... bos bayar gaji bukan utk main internet ...
pegi buat kerja tu... patut le keja bertimbun-timbun...tapi
takde mana magiknya .......
hahaha, jangan mare hah...kalau kat umah takpe ler...terima kasih melayari blog ni....:)

polis trafik-kawan-saman


Suatu hari......... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di sini cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit!



Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra. "Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawin dulu" "Aku baik je." Tanpa senyum. "Alahai...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah." "Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu " "Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama perhatikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak saman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini?

Ternyata lesen memandu dan kad pengenalan dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun,

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.

Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"

Jamal




Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Moral of the story: Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

p/s: actually post ni aku sedut dari blog aby rad's sebab cite ni bagi kesan yang mendalam kat aku.. aku harap aby x kisah kan...?hehe..
original content: http://abyrad.blogspot.com/

Friday, July 24, 2009

ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq nsı


ɐıpǝdıʞıʍ :ılsɐ ɹǝqɯns

¿(ɐuɹndɯǝs ʞɐʇ) ıɐɔuıɔ ɐɾɹǝʞ ıuı ʇɐnq nl (ɐdɐuǝʞ) lɐsɐdɐ *
¡ɐɐɯ ɐʎund (ɹnsuɐ ʞɐloʇɹǝq) ɯıʇ ʍɐʞ ɥǝloq ıʇsǝɯ soq ɐʎund nl 'ɐɐɯ ıʇɐɥ ɥɐsns uɐƃuɐɾ * ¿(snʞƃunq) nɐdɐʇ ʞɐu ǝʞ ıuıs uɐʞɐɯ ʞɐu *
(ɐuıɔ ɐsɐɥɐq ɹndɯɐɔ nʎɐlǝɯ ɐsɐɥɐq) ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq
¡ʇɐƃuɐs (snƃɐq) ʇsǝq ıu uɐʞɐɯ ʇɐdɯǝʇ *
¡ɐl (ʇɐqǝɥ) ɹoɹɹǝʇ ƃuɐɯǝɯ nɐʞ *
(sıɹǝƃƃuı ɐsɐɥɐq ɹndɯɐɔ nʎɐlǝɯ ɐsɐɥɐq) ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq

˙ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq uɐɐunƃƃuǝd uɐʞɐɯıuıɯǝɯ uɐp lɐɯ
ɹoɟ ɥıqǝl ƃuɐʎ ɐsɐɥɐq uɐʞɐunƃƃuǝɯ oʞǝɹʞ uɐp ʞɐdɯǝƃ ɥɐlɐɾɐɯ '3002 unɥɐʇ ɹıɥʞɐ ƃuɐlǝɾuǝɯ 'ɐʎusnsnɥʞ ɐɹɐɔǝs ˙(¿odɐ uɐp ƃuɐɾn ɥɐlɐɾɐɯ ɯɐlɐp ıʇɹǝdǝs) ɐʞǝɹǝɯ ıʇsɐdlɐuǝƃuǝɯ ɐɔɐqɯǝd uɐʞuıʞƃunɯǝɯ ʞnʇun uɐʞlɐqǝʇsʞǝʇıp ƃuıɹǝs ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq ɯɐlɐp sılnʇıp ƃuɐʎ ɐsɐɹɟ nɐʇɐ uɐɐʇɐʞɹǝd ˙uɐʞʇɐqǝpɹǝdıp ƃuıɹǝs ıuı nsı uɐp ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq ɐɔund ıpɐɾuǝɯ ɐuɐɹǝʞ uɐʞɥɐlɐsıp ƃuıɹǝs ʞıɯoʞ ɥɐlɐɾɐɯ ˙ıɐɯɐɹ ƃuɐɹo uɐƃuɐqɯıqǝʞ qɐqǝs ɥǝlo ɥoqǝɥ ɯoɾ lɐʌıuɹɐʞ ıpɐɾuǝɯ ɥoqǝɥ ǝɹns lɐʌıuɹɐʞ ɐɯɐu ɹɐʞnuǝɯ ɥɐlǝʇ 3 ʌʇ 'ɥoʇuoɔ ıɐƃɐqǝs ˙ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq uɐɐunƃƃuǝd uɐʞʞɐlɐƃƃuǝɯ ʞɐpıʇ uɐƃuǝp ɐʇsɐʍs ɹoʇʞǝs ıp ɐɯɐʇnɹǝʇ lnʇǝq ƃuɐʎ nʎɐlǝɯ ɐsɐɥɐq uɐɐunƃƃuǝd uɐʞɐuɐsʞɐlǝɯ ʞɐpuǝɥ uɐʞsnʇnɯǝɯ ɐısʎɐlǝɯ uɐɐɾɐɹǝʞ ıuı nɹɐq-nɹɐq ˙

˙nʎɐlǝɯ ɐsɐɥɐq uɐʞɐdnɹǝɯ ɐʎuɹɐsɐp ɐsɐɥɐq 'undɐuɐɯıɐƃɐq nɐlɐʍ ˙ɥsılƃuıs uɐp ɥsılƃuɐɯ 'uıɾıd uɐƃuǝp ɐdnɹǝs ƃuɐʎ uɐɹnʇnʇɹǝd nʇɐs ɯɐlɐp ɐsɐɥɐq ıɐƃɐqlǝd uɐɹndɯɐɔ uɐʞɟıɹʞɐuǝɯ ƃuɐʎ
ɐısʎɐlɐɯ ıp uɐdɐʞɐɔɹǝd sıuǝɾ nʇɐns ɥɐlɐpɐ ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq
ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq


qǝʍ uɐɯɐl ɯnɹoɟ nʇɐs ɐpɐdıɹɐp ʞɐɾoɹ ɐsɐɥɐq ɥoʇuoɔ

Thursday, July 23, 2009

hitler mungkin ada benarnya


Ketika saya menulis rencana ini (pada hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jemaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.





Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika. Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

kekejaman

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung di sebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, sama ada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apa pun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerena mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi saw Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah 'Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama 'Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku". Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah SAW bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?" Jawab mereka: "Allah lindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka". Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

- Dr. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti Perlis dan sekarang Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang sabatikal di Britain.

sumber:

Laman web: drmaza.com.
E-mel: moasriza@yahoo.com.

lagi fakta menarik.

Dari arkib Bicara Agama, Utusan Malaysia

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.





Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.
“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.

harga untuk maruah

klik gambar untuk saiz sebenar

kedudukan wanita dalam agama


Islam Satu-satunya Agama Keadilan


Sehingga hari ini, tidak ada satu agama pun yang mampu mencabar prinsip-prinsip keadilan yang terkandung dalam Islam. Islam merupakan satu-satunya agama yang mencakupi segenap aspek kehidupan manusia dan mengemukakan sebuah jalan hidup yang lengkap dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan mereka.


Demi membuktikan kesahihan dakwaan ini, marilah kita menganalisis prinsip-prinsip sosial agama-agama besar di dunia, selain daripada Islam. Untuk mengecilkan skop perbandingan, cukuplah sekadar membandingkan mengenai isu wanita dalam agama-agama yang besar dunia seperti agama Hindu, Yahudi dan Kristian.


Dalam konteks agama Hindu, status wanita mempunyai kontroversi. Di dalam kitab suci Manu Smriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan: “Jangan percaya pada wanita. Jangan duduk berseorangan dengan wanita walaupun dia ibumu, anak perempuanmu, atau anak saudaramu, kerana mereka akan menggodamu.”1


Dalam Manu Smriti 7:416-417 dijelaskan: “Seseorang isteri, anak dan hamba tidak boleh memiliki sebarang harta. Harta yang mereka peroleh adalah milik tuan (lelaki) yang menguasau mereka.” Dalam kitab yang sama juga menegaskan bahawa: “Tidak ada kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat.”2


Dalam agama Judaisme (Yahudi) pula, banyak ajaran-ajaran yang menghina kedudukan kaum wanita. Contohnya, dalam Perjanjian Lama ia menyebut: “Tidak ada kejelikan yang setanding kejelikan wanita... Dosa bermula daripadanya dan kerananya kita terpaksa mati.” (Ecclesiasticus: 19 dan 24)3


Dalam Talmud San. 71a, Git. 62b menegaskan bahawa: “Bagaimana seseorang wanita boleh memiliki apa-apa keranaapa saja yang dimilikinya adalah milik suaminya.”4


Dalam agama Kristian pula, Hawa dianggap sebagai punca kesalahan Nabi Adam a.s. maka Hawa dihukum. Jesteru itu, wanita diarahkan supaya sentiasa tunduk kepada lelaki.5


Demikianlah sedikit sebanyak contoh-contoh daripada ajaran agama-agama lain mengenai wanita.


Apa yang jelas, Islam merupakan satu-satunya agama yang masih wujud sehingga hari ini, yang memperjuangkan hak-hak wanita dan menjaga kemaslahatan mereka. Dalam bidang kekeluargaan juga, Islam jelas memperjuangkan hak-hak para isteri dan anak-anak.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “...dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) dengan pergaulan yang baik...” (Surah An-Nisa’: 19)


Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an lagi yang bermaksud: “...dan para wanita (isteri) mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (baik)...” (Surah Al-Baqarah: 228)


Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah hak seorang isteri atas suaminya?” Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “Engkau memberikannya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, dan janganlah engkau memukul mukanya, atau menghinanya (menyatakan bahawa dia tidak cantik dan sebagainya) dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di tempat tidur” ( Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.h.l.)


Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Kewajipan kamu (suami) ke atas isteri adalah dengan berbuat baik kepadanya, memberi makanan dan pakaian kepadanya.” (Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi r.h.l.)

Jelaslah bahawa, ajaran-ajaran Islam menitikberatkan soal penjagaan terhadap wanita dan meletakkan hak-hak yang tinggi dan mulia kepada bagi wanita, yang tidak ada pada agama-agama selain daripada Islam.


Jadi, baik tamadun Barat, mahupun agama-agama lain, tidak dapat menjamin kesejahteraan manusia dengan penerapan prinsip-prinsip keadilan masyarakat yang sempurna. Hanya agama Islam sahaja yang mampu untuk mengemukakan keadilan yang sebenar dalam rangka untuk mendaulatkan kesejahteraan dalam kehidupan manusia seluruhnya.

1 Dr. Zainal Abidin, Dakwah Remaja

2 Ibid m/s 79

3 Ibid m/s76

4 Ibid

5 Rujuk Kitab Bible, 1 Timothy 2: 11-14

(Ringkasan daripada tesis kajian: Dialog Ketamadunan Antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat (2005) oleh al-faqir ila Rabihi Al-Jalil, Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin, Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang )

mungkin ramai yang tak tahu....


“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid suci umat Islam yang juga menjadi kiblat kedua Umat Islam.Ianya menjadi rebutan di antara umat Islam palestin dengan rejim Israel sekian lama.

Tetapi ramai umat Islam ditipu hidup-hidup, dikelirukan oleh Israel dengan sistem propaganda mereka.
Mereka memomokkan sebuah bangunan dengan kubah emas yang kelihatan menarik sebagai Masjid Al-Aqsa!!

Israel telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar. Ramai yang tidak tahu kerja-kerja penggalian di bawah Masjid al-Aqsa sedang dijalankan Israel kononnya untuk mencari istana Nabi Sulaiman a.s. Ini akan melemahkan struktur masjid al-Aqsa. Rujuk: harakahdaily

Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di yahoo image, google image atau mana-mana pencari image internet, gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa.

Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah emas ini adalah masjid Al-Aqsa.
Sebenarnya bangunan yang berkubah emas ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.
Maklumat mengenainya ada di wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Dome_of_the_Rock
bersama artikel di wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Aqsa_Mosque

Arrow http://akhiezam.blogspot.com/

SEJAUH MANA PEMAHAMAN KITA KEPADA ISLAM?


ADAKAH HANYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH SAHAJA?
ADAKAH HANYA SEMBAHYANG LIMA WAKTU SAHAJA?
ADAKAH HANYA PUASA PADA BULAN RAMADHAN SAHAJA?
ADAKAH HANYA MENGELUARKAN ZAKAT SAHAJA?
ADAKAH HANYA MENUNAIKAN IBADAH HAJI SAHAJA?
ATAU..
MENYAMBUT DENGAN BERARAK SETIAP KALI TIBANYA HARI2 KEBESARAN DALAM TAQWIM HIJRAH?
ATAU..
HANYA KERANA LAHIR DALAM KELUARGA BERAGAMA ISLAM?
ATAU..
BENAR2 FAHAM KENAPA MENDOKONG AGAMA ALLAH INI?

Thursday, July 16, 2009

lawak suami isteri


Suami: Lelaki kawin 3 baru lah sah !

Isteri: Kenapa pulak ?

Suami: Cuba t'jemahkan ke dlm Bahasa Inggeris, "Satu is One", "Dua is two", "Tiga isteri (is three). Baru betul dan sah !

Isteri: Tapi abg kena faham Bahasa Inggeris, t'utama tentang "Singular" dan "Plural"

Suami: Berkenaan apa tu ?

Isteri: "Satu tu Singular" dan "Dua atau lebih Plural"

Suami: Contohnya ?

Isteri: One car s'bagai singular, two cars s'bagai plural. Apa bezanya ?

Suami: Ohhh... Tambah huruf "s" untuk yang plural !

Isteri: Betul tu ! Sama juga la untuk abg .......

Suami: Macam mana pula boleh sama ?

Isteri: Satu isteri abg MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abg. MAMPUS, tambah "s" je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi. Ambik ko

Monday, July 13, 2009

math equation(man+women+monkey)


Equation 1

Human = eat + sleep + work + enjoy Rolling Eyes
Monkey = eat + sleep Rolling Eyes

Therefore,
Human = Monkey + work + enjoy

Therefore,
Human - enjoy = Monkey + work

In other words,
Human that don't know enjoy = Monkey that work Shocked

Equation 2

Men = eat + sleep + earn money
Monkeys = eat + sleep

Therefore,
Men = Monkeys + earn money

Therefore,
Men - earn money = Monkeys

In other words,
Men that don't earn money = Monkeys Very Happy

Equation 3

Women = eat + sleep + spend
Monkeys = eat + sleep

Therefore,
Women = Monkeys + spend

Therefore,
Women - spend = Monkeys

In other words,
Women that don't spend = Monkeys Very Happy

To Conclude:

From Equation 2 and Equation 3
Men that don't earn money = Women that don't spend. Twisted Evil


So, Men earn money not to let women become Monkeys! (Postulate 1)

And, Women spend not to let men become Monkeys! (Postulate 2)

So, we have?
Men + Women = Monkeys + earn money + Monkeys + spend money

Therefore from Postulates 1 and 2, we can conclude

Man + Woman = 2 Monkeys that live happily together! Laughing Laughing


surat untuk bonda



salam, first sekali aku nak kongsi cita ngan korang,cita nie aku dpt dr email,aku baca pun nagis..so korang bacalah untuk menilainya kasih ibu..aku pun x tau sapa budak nie..aku harap bdak ni hidup dgn aman dan tanpa sedih2 lagi..

Renungkanlah…………

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan.. sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm....rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak...... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Kakak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit....
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlanggar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....

Mak......
Jam 4.30 pagi 19/08 /1999
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan......
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati....
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah.

rokok...?

uks..??salah port?? sebelah pondok jaga mfi

==Menurut kajian, setiap batang rokok yang anda hisap akan memendekkan umur anda sebanyak 11 minit
== Sebanyak 85% remaja yang telah menghisap 2 batang rokok akan menjadi perokok
== 85% perokok menjadi perokok sebelum umur mereka 16 tahun
== Nikotin lebih ketagih daripada heroin dan kokain.
== Sebanyak 600 trilion rokok dijual setiap tahun di seluruh dunia-
== Rokok mengandungi 4000 bahan kimia

anda dan bantal....?

bantal busuk sape nih?????
1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya Bantal

Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon... Laughing Laughing


P/S : Benda ni ntah betul/tidak. Sesaje share . Very Happy

cara-cara jawap talifon..


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Friday, July 10, 2009

bosan ke...?


Tak tahu apa nak buat?

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

impresi..


Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Orang lain pun senang melihat mereka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila perhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak hensem sket. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak tarak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jarang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.


Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa pasal. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek terhadap balaknya. Boleh diperhatikan juga kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple tarak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seorang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..


hue3..
utk renungan bersama saja..
ada betoi ke sme ni?

surat lamaran paling indah...

tahniah kepada sahabat ahmad aidil dan isteri nor hanna yang
baru melangsungkan perkahwinan pada 10/5/2009


diceritakan oleh seorang sahabat.....melalui e-mail..

"Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya... ...!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.

Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya-berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya
sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

******************************************************************************************************************
Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ....
untuk
menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat
masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang
pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan
terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri
dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi

kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan

merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana

saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat

tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin

mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik
dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan
jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb
******************************************************************************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa........ " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi

masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin."

renungkanlah....jadi la diri sendiri ok..??