Thursday, July 2, 2009

kita sebenarnya.....

Kita sebenarnya :Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya :Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya :Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya : Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya : Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya : Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya : Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

Kita sebenarnya : Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

Kita sebenarnya : Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

Kita sebenarnya : Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya :Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

Kita sebenarnya : Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

Kita sebenarnya :Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

Kita sebenarnya : Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

Kita sebenarnya :Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

Kita sebenarnya : Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

Kita sebenarnya :Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.



renungkanlah...kredit kepada oh!tidak

0 cakap-cakap: