Friday, January 22, 2010

the story of the eagle...













name ni.?

oit en.amir....!!!
mane bini aku wei...?
sangap dah ni..
aku nak berbini..!!

Monday, January 18, 2010

aku insan biasa...

sunyi
sepi
tanpa ada disisi
aku tak pasti
apakah salah aku
jelaskan
terangkan
kalau ada kesalahan
yang menyinggung hati

Friday, January 15, 2010

mungkin kah ada?


aku sendiri tak tahu mngapa...sejak akhir2 ni aku hilang semangat tuk terus berdiri... longlai setiap sendi tuk menampung tubuh ini tuk terus bergerak ke depan...mengkin masanya semakin hampir... mungkin aku tak sempat mengapai cita2 yang aku kejar..aku tak tahu... semakin aku berfikir, semakin terasa masa tu semakin hampir..aku tahu, tempat yg paling jauh dan mustahil tuk kita pergi adalah sesat yang berlalu dan kematian sentiasa menghampiri...
sediakah aku bila hari itu datang?ape amalan yang akan aku bawa?ade ke orang akan mendoakan aku?aku sentiasa sibuk dengan duniawi terlalu sedikit masa aku luangkan untuk akhirat yang kekal abadi...
ya tuhan,ade ke tempat tuk aku disana?
ya tuhan, berilah aku kesempatan tuk mengucap ketika waktu itu tiba....

....

haish...sangat x de mood...
badan rase x sedap...
kurang sihat mungkin...
cuba tuk buat2 mcm biasa sama cik hunny...
sudahnye dia pun x de mood...
hehe...
mungkinkah penyakit x de mood ni leh berjangkit...?
nak tido ah...
harap2 big boss x masuk ofis...

catcheye

klik2 kat gambar atas



Hye..daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes
jom..
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi
sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika
sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda
free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah
mencecah 18950 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..
Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh skali...
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting
sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok
siap
kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik
reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan
risalah saya ni ni buletin myspace atau group chat & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!sebab
benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP,KITE KNE USAHA JGAK KN?

Risau? jangan risau. Akaun bank tidak diperlukan. cuma pastikan alamat rumah betol.
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik
kt bwah nie...

Wednesday, January 13, 2010

sedih

sampainye hati mereka membuang bayi secomel ni...?

lately aku jalan2 kat blog orang, kat oh!tidak dengan i love my family aku asyik terbaca pasal kes buang bayi...sedih aku bile baca post2 mcm ni...bayi2 yang x berdosa dibuang macam sampah,dibunuh kejam...siapakah yang melakukan? ibu2 bayi malang itu,tak ada ke lagi perasaan keibuan dalam diri? sedangkan ibu kucing pun sayangkan anak2 yang baru dilahirkan, ini kan pulak manusia...anak2 tu tak berdosa...
masa buat tu suka, seronok...siap rakam itu ini...tapi bila dah ade hasil bayi tu dibuang, konon masa buat tu lambang cinta sejati....cinta taraf sampah!!kalau betul cinta bukan tu caranya tuk membuktikan..kalau betul cinta, NIKAH!!!tu la bukti cinta sejati, cinta sampai mati.. bukan cinta 5 minit bukan cinta sejam lepas tu merana sampai bila2...masa buat tak fikir akibat, bila dah jadi hasil mula la nak merepek meraban, salah menyalah sesama sendiri bile dah merepek meraban mula la sepak terajang caci makian jadi hidangan....

ade dua pihak yang salah dalam hal ni, pihak pertama: lelaki DAYUS kedua: perempuan LURUS.

lelaki DAYUS punya peranan:mengoda perempuan dengan ayat2 cinta puitis berjanji bulan bintang segala...pujuk rayu bagai nak gila..bila dah dapat x mengaku konon perempuan tu main ngan lelaki lain... habistu dara yang ko rasa tu amende?

perempuan LURUS punya peranan lak: konon dah dewasa, fikiran dah matang boleh fikir panjang, tak akan jadi bukan2....lelaki pujuk rayu pun tak termakan...tapi bile dah selalu mula la tak tahan...mula2 pegang2, lama2 merelakan...konon bukti cinta setia, tapi HARAM.... nak kata bodoh tak jugak, masing2 belajar kat universiti.. tapi bile dah cair terus jadi bangang,tu lah akibatnye dah pandai sampai x leh nak diajar....masa tanam benih suka segala...bile dah jadi hasil mula tak keruan...kol jantan,jantan tak nak tgg jawab..cukup bulan nak beranak mula lah gelabah bagai.. sudahnye orang bersalin kat hospital ko bersalin dalam tandas....tak tau nak buat ape, buang anak tu macam ko buang pad kat tong sampah...bile dah kantoi mula la gelabah....dah tak gune dah....

kesimpulan kat sini:dua2 salah....

ok, kes yang kite tengok tu sebenarenye sangat sikit, baru kes buang anak, tapi kes anak luar nikah....?

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


"sikit" kan...?ni baru statistik pecahan mengikut negeri, belum kaum lagi...
ok, kita baca lak berita sikit:

4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.

17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.

4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.
Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.
Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

21 Disember 2008

SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.
Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.

15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.
Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.
Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.
Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.
artikel asal:mujahidah purdah

kes anak luar nikah ni pun ade musim dia..... tarikh yang popular nak tanam benih : 1 januari, 14 febuari, 31 ogos etc2.... n biasanya masuk bulan september,oktober, may etc2...

korang fikir2 la..ape nak jadi ngan bangsa kita.... aku sedih n tersentuh bila terbaca kes2 macam ni...
aku cukup gembira tengok bayi2 comel yang sihat disisi ibu mereka..kelihatan wajah2 bayi ni cukup bersih..semoga bayi2 yang baru lahir ni menjadi insan berguna 1 hari nanti....

trip to jakarta

last post aku ade ckp pasal nak ke jakarta kn?trip tu kensel....wah...bagus2...selamat wang saku aku...haha...dah le pegi atas urusan keje..kompom sangat buhsan...
aku lagi bahagia klau dapat melancong dalam negara...hehehe....

Monday, January 11, 2010

hari ahad:pagi2 dah kene getah sekerap...hampas!!

sori, agak kasar

hari ahad semalam pagi2 subuh aku dah gerak dr umah g umah akak aku tuk amik kereta... huh...pagi2 ahad yang sangat best tuk tido....

sampai umah dia terus dia bg list tuk keje2 hari tu... list student yang aku kene amik n antar kat institut memandu..aku tengok, x banyak pun..just 2 orang..akak aku bwak 3 orang je... aku just kene amik kat seksyen 15 bandar baru bangi ngan kat bandar sri putra.. so aku gerak g seksyen 15, sangat senang nak cari rumah beliau..aku antar terus kat institut memandu cemerlang... jam baru kul 7.50am... rilek dulu sudah... yang kat bandar sri putra tu janji kul 8.30am... awal g...

tapi aku bosan lak..cepat abis leh cepat balik...best2...so aku pn gerak g bandar sri putra..sampai sane baru kul 8.20am...dah sampai aku kol mamat tuh..kol...kol...kol...kol....kol lagi...kol...kol...*mula mencarut*..kol...kol... lepas lebih 24 kali aku kol n x angkat then mamat tuh off nset...!!WTH!!? barua tul..!

bayangkan macam ne aku PANAS HATInye aku? WTH?aku kol dr aku sampai kat situ sampai kul 9am,sebanyak 24 kol n beberapa mesej then matikan phon..? C*l*kA!!aku kol akak aku the akak aku suh aku bg msg kat mamat tuh suh kol akak aku b4 kul 10am. ok fine...aku pn bla dr situ..

aku patah balik ke institut, jumpe akak aku ngan panas hati...pow dia makan sarapan...hakhakhak....puas hati aku...tau kul bape mamat tu kol akak aku?kul 3.40pm..akak aku ngan selambenye cakap,"lupekan je la hasrat murni ko tu..orang dah abis..."

moral cite ni....aku bukan nak cite pasal mamat tu ke ape, tapi aku terfikir. waktu aku sampai kat institut jam 7.50am institut tu dah ramai..tapi dalam ramai2 tu aku x nampak sorang pun melayu...yang ada just akak aku n aku n calon yg kitorang bawak,.faham maksud aku? yang ada kat situ adalah calon2 dr tauke cina, n dorang sume bukan dr kawasan dekat2...ada antara dorang tu bertolak dr KL..aku sembang ngan dorang "wa....awal sudah sampai...mana mari?" "KL ma..." "wah, dari KL ar..?kul berapa sudah gerak sini?" "6.30 pagi sudah mau gerak ma...kalau lambat tatak boleh masuk nanti...."

see?dah pukul 8 lebih baru la aku nampak sorang dua melayu...fine..kenapa orang kite sangat susah nak bangun pagi?terutamanya hari sabtu n hari ahad atau hari2 cuti? ok, aku pun same... tapi bukan dalam konteks susah bangun.. tapi lambat bangun..itu pun bile aku pasti aku x de sebarang urusan..kalau ade urusan pagi tu aku akan pastikan aku set alarm n boleh sampai sebelum waktunye..ni tidak,dah tau susah nak bangun pagi x mau st alarm lepas tu silent kan or mati kan phone..ape kes?x pun mintak tolong member kejutkan..aku duk sorang2 x de hal la nak bangun... life aku lagi la huru hara, kuar g keje pagi, kul 8 dah terpacak kat ofis, kul 5 balik.. then kul 6.30 or paling lewat lepas maghrib aku dah terpacak kat burger lak...balik burger sampai umah dah kul 2am...aku betul2 leh rest pn hari selasa n sabtu malam SAHAJA. bonus,klau hr sabtu n ahad pagi tu aku x de keje nak wat..itu pun aku sibuk ngan urusan peribadi aku....

kalau sikap orang melayu berterusan macam ni,susah bangun pagi..sampai bila kita nak maju...? bile bangun pintu rezki dah tutup...fikir2 lah....aku tau ayat aku berterabur.....

Thursday, January 7, 2010

perasmian blog baru...

ni dia blog baru aku : sekoding blog

padahal semalam baru je cakap x mau buat blog baru...tup2 kluar 1 lagi blog.. ape kes En. Amir...?
haish...sangat x tetap pendirian kamu ni...hehe...kenape aku tiba2 buat blog baru?
.
.
.
.
.
citer dia macam ni...malam tadi mase aku kat burger aku msg2 ngan miss hunny...dalam mesej2 tu ntah mcm ne aku dapat ilham lak nak wat review2 pasal blog2 best n segala macam review... aku fikir2 macam best je....so pg ni lahir la blog baru aku....
so ni lah blog baru aku : sekoding blog

walau macam ne pun blog satu cerita pun aku x padam..still go on, tapi just berkisar tentang personal aku je la...hehe.. so kawan2....enjoy...!

Wednesday, January 6, 2010

niat hati...


niat hati nak wat 1 g blog..
fikir2...
timbang2...
kesimpulannye..
x jadi buat...
sebab ape..?
blog yg 1 ni pn sampai naik bersawang baru aku update...
apetah lagi kalau aku ade
dua blog...
lagi pun aku nak cite pasal ape eh?
lupakan niat suci tu
en AMIR...

Tuesday, January 5, 2010

air terjun berkelah( 23/5/2008-26/5/2008)

State Pahang
LocationBetween Maran and Kuantan
Coordinates and map E102 58.79 N 3 45.22
Water SourceRiver
Waterfall ProfileSeveral Falls, mostly vertical
Accessibility4WD and river trekking


dalam banyak-banyak air terjun yang aku dah pegi air terjun berkelah ni antara yang best...
ok, expedisi ni dah lame dah..tadi aku belek2 external aku,jempe lak pic mase ekspedisi ni..so aku pun buat la post ni...hehe...

Air Terjun Berkelah Pahang, kalau pegi kuantan sebut je air terjun berkelah memang orang tau... kat sini air terjun dia bertingkat-tingkat...en. john cite mase breafing tu berkelah ni ada 7 tingkat n setiap tingkat ni ade kolam dia sendiri....
nak kesana sangat senang, dari KL masuk highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, then akan jumpa masjid Kg Gelugor sebelah dia ada kedai makan sebelah kanan jalan. kalau jumpa masjid ini dah dekat la tu, simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah boleh la paking kereta kat sini, kalau hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada..tapi faham2 la kalau dah namenye kemudahan "AWAM".

Bagi yang nak buat champsite dan bermalam, elok tak payah bawak kereta masuk sebab takde penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah kat situ. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite kat atas tu , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta dekat masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, pas tu nak masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja,kitorang pun masuk dalam guna cara ni...bas mane leh masuk beb....

Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite kat puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa. Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman. kalu nak mandi kolam yang kat puncak jadi pilihan..eloknye korang bawak la life jacket sebab kat sini airnye sangat dalam...kalau tak tau berenang korang senang2 je tengelam.

kalau musim hujan, jangan berkemah hampir dengan gigi air, bahaya tu, kalau ada kepala air khemah memang bye2 la... so kalau nak buat champsite atau memilih lokasi champsite faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira. cerita banyak tak guna, ni ada pic sikit aku nak share.....

best buddy-farid

minum dulu sebelum masuk

pungah barang dulu

dah macam kambing jerp...?

gegar2 pn amik gambo?

kerja pertama malam tu- musnahkan gen set

tukang rasa2...

aku sendirian...mane mereka..?

mulakan pendakian

dah sampai kot?

menghembus asap(bagi makan jin)

monyet

lompat

masuk

susah tu nak g situ

malam hari

buat logo

keje aku dah siap

aku punye yang kuning

celahan best....

nasib ko la panjang

bbq time...

sampai sini aje........


Monday, January 4, 2010

sempoi ah....

aku rasa klau kat malaysia ni langsung x leh gerak kot...?


ces...!!!

sangat tak boleh blah ngan video ini....

hari2 sebok!!

pagi tadi zack dengan mengelabahnye suruh aku buat datang ofis suruh aku buat pasport... kate dia ade keje urgent nak kene pegi jakarta....
so start petang ni, petang esok n petang lusa aku akan sebok...kenape?
petang ni nak ke pejabat buat ic...ic ku punya cip dah rosak teruk...ic dah belah 3....
esok petang amik ic(kalau dah siap)terus ke imegresen...mau buat pasport..
lusa petang mahu ambil pasport(kalau dah siap)mahu book tiket ke jakarta...
plan terburu2...last minit punya kol...mahu kesana,trip percutian n kerja... melayang wang....

teruskan azam....


sejak sekian lama aku nak berenti dari isap rokok,setelah sekian banyak percubaan, sekarang aku mencuba lagi....rekod paling lama aku bertahan selama 3 bulan lebih...lepas tu kantoi balik... lepas tu segala percubaan aku gagal....so sekarang aku nak buat percubaan baru dengan dorongan dari miss hunny...harap2 aku berjaya kali ni...miss hunny...bagi dorongan eh...?hehe....
antara sebab-sebab nak berenti:

1)memang dah lama nak berenti
2)mak pun dah lame duk suruh berenti
3)tak de manafaat
4)kesihatan semakin merosot(perlu revive)
5)langkah berjimat cermat
6)dorongan dr miss hunny(walau kadang2 macam mematahkan semangat,hehe...)
7)diri sendiri

sebelum ni aku ade gak buat entri nak berenti isap rokok...tapi usaha tu fail...walau macam mane pun,sejak entri tu aku dah berjaya kurangkan bilangan rokok yang aku isap... sebelum tu aku leh isap sekotak dunhill 14 sehari, lepas tu aku dapat kurangkan sekotak tu leh tahan tuk +-semingu,isap rokok semata waktu di toilet n pas mkn+lepak ngan member... agak sukar tuk aku menahan godaan dari makhluk2 perokok tegar yg sentiasa mengoda...tapi sekarang aku nak tekadkan azam,sempena tahun baru ni,aku nak berhenti dari memegang title perokok tegar.. kalau ada sahabat2 kat luar sana tu yang nak berhenti merokok gak,korang jangan la patahkan semangat dorang...sekurang2nye mereka berani buat perubahan dalam hidup dorang..