Tuesday, October 27, 2009

kisah benar

Setelah sekian lama aku duduk di meja persatuan itu, akhirnya aku membulatkan hati untuk menjadi proaktif. Aku sudah tidak tertahan melihat mereka di sebelah begitu ramah menyapa orang yang lalu-lalang tapi aku pula seperti patung busana muslimah yang didudukkan di atas kerusi sebagai pameran tambahan di meja persatuan.

Mula-mula aku senyum dan berusaha mengangkat pandangan kepada orang yang lalu-lalang. Senyum aku perlu lebih sikit sebab ia dinilai dari ekspresi mata sahaja. Dan bukan semua orang senang nak memahami senyuman mata. Disebabkan ramai sangat orang, mulut aku sangat lenguh jadi aku sepetkan mata sepuas hati sahaja supaya aku dikatakan sedang senyum he he.
Namun mungkin masih belum cukup. Tak ada orang singgah lagi ni. Kena proaktif lagi.

"Hye! Would you like to joint us?" Itu ayat pertama yang terpacul dari mulutku kepada seorang perempuan cina yang kelihatan berminat membaca artikel di meja persatuanku. Akhirnya ada yang menyinggah. Dalam hati aku menggelabah dan menyumpah, 'Buatlah ayat bunga-bunga sikit dulu aduh kau ini.'

"Tak mengapa. Saya cuma nak melihat-lihat," katanya dalam bahasa Inggeris.
Aku fikir. Tak mengapa. Teruskan! Proaktif! Proaktif!
"Sekarang persatuan ini dibuka untuk semua. Walaupun anda bukan beragama Islam."
"Ya, saya tahu," katanya sambil tersenyum.

Tapi aku lihat dia lebih cenderung kepada islam itu sendiri berbanding persatuan Islam. Sedangkan dalam kepala aku ketika itu sibuk merancang untuk meramaikan orang dalam persatuan Islam. Sampai jadi terlupa matlamat hakiki untuk meramaikan orang dengan Islam. Jadi cepat-cepat aku bertanya kepadanya mungkinkah dia ingin tahu tentang Islam.
Dia kelihatannya berfikir dahulu.

"Sebenarnya saya mempunyai seorang sepupu yang telah masuk islam," katanya membuka cerita.
"Oh."
"Bolehkah saya bertanya sesuatu?"
"Ya, silakan."
"Jika saya bertanya kepada anda 'Apa itu Islam?', apakah yang akan anda katakan?"
Kepalaku penuh berisi tapi lidah Inggerisku karat macam besi. Aku berdoa dahulu semoga Allah memudahkan urusanku.
"Aa..er..hmm.."
"Anda boleh bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika ya, silakan. Dalam mana-mana bahasa yang memudahkan anda," ujarnya.
"Oh, ya, ya." kataku, malu. "Islam itu maksudnya tunduk dan patuh pada perintah Allah seluruhnya. Kita menyerahkan diri kita kepada Allah semata-mata. Kamu tahu, sebenarnya Islam itu bukan sekadar 'agama' dari sudut yang manusia selalu pandang. Ia menyeluruh. Islam itu ekonomi, politik, sosial, akhlak, dan semuanya. Sehinggakan cara kita bercakap dengan orang lain seperti sekarang ini, juga diajarkan dalam Islam."

Ketika itu tidak semena-mena orang ramai berkumpul untuk melihat perbualan kami seperti berkumpul melihat keraian. Yalah, aku pun bersemangat tanpa disedari apabila mula bercakap dari hati. Siap dengan gaya tangan ke langit. Mungkin itu menarik perhatian semua orang. Semoga mereka tahu, Islam itu terbuka untuk mereka dan semua.
Dia juga bertanya soal purdah yang aku pakai. Aku dengan berbesar hati bercerita tentang isu itu kepadanya.

Dan kami terus bersoal jawab satu dua soalan lagi. Dan akhirnya berkenalan. Bersalaman.
"Sebenarnya saya juga pergi ke meja-meja persatuan agama lain untuk bertanya. Saya tidak berpegang dalam mana-mana agama pun."

"Oh. Silakan bertanya lagi bila-bila masa sahaja jika anda mahu lebih mengenali islam."
Selepas dia pergi, mereka di meja sebelah-menyebelah masih memandang-mandangku dengan wajah ingin tahu berbaur cemburu. Semoga mereka cemburu untuk mengenali islam juga.
Dan selepas itu, aku semakin bersemangat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku juga semakin yakin untuk bersosial. Ya, aku ada Islam yang paling haq jadi mahu takut apa jika kita di pihak yang benar. Yakin! Proaktif!

Aku kemudian berjalan dengan rasa bahagia berkembang, dengan rasa 'izzah akan Islam yang mencelup seluruh jiwaku sambil merasa aura cemburu mata yang memandang. Alhamdulillah.

Sedang aku promosikan keahlian kepada kawan-kawan melayuku, tiba-tiba aku nampak dia datang semula ke meja kami. Kali ini dia bawa buku nota dan sebatang pen bersamanya. Aku terkejut juga dengan kesungguhan dia untuk mengenal islam. Dalam masa yang sama aku berasa sangat malu, terpukul kerana aku fikir selama ini mereka di universiti ini tidak berminat mengenali islam.

Aku menjemputnya ke tepi meja supaya perbualan kami tidak terganggu dengan pengunjung meja persatuan yang lain. Dia mengangguk senyum.

"Boleh ulang kembali apa yang anda ceritakan kepada saya tadi? Saya mahu catatkannya."
Terkejut yang aku alami tadi semakin dikejut-kejut. Memang dia bersungguh-sungguh. Aku rasa sangat terharu dan berdebar-debar.

Aku ada masalah memori. Aku pernah terlupa membuat assignment. Aku pernah menyebut nama orang dengan nama yang lain setelah berkenalan dengannya baru beberapa saat.
Aku dah lupa apa yang diceritakan kepadanya tadi. Namun, aku cuba mengingat kembali dengan susah payah. Mujurlah dia yang banyak mengingatkan aku apa point utamanya. Jadi, tugasku cuma menerangkan kembali sambil tersengih-sengih malu.

Kemudian, aku lihat dia mencatat apa yang aku katakan. Buat pertama kali aku terasa seperti ditemuramah wartawan akhbar Utusan.

"Tolong terangkan kepada saya, tentang syurga dan neraka," soalan baru ditanya.
"Syurga itu sangat indah, buat mereka yang membuat kebaikan. Dan neraka itu sangat menakutkan dan menyakitkan, untuk mereka yang membuat dosa" jawabku dengan penuh ekspresi.

"Jika saya tidak beriman, saya akan masuk neraka?"
"Secara teorinya, orang yang tidak beriman akan masuk neraka. Namun, semua keputusan di tangan Tuhan. Manusia tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan."
"Saya pernah dengar, orang Islam yang berdosa akan masuk neraka. Namun, akhirnya mereka akan masuk syurga juga."
"Benar, tapi anda harus tahu satu hari di neraka itu sangat panjang. Bersamaan 60 tahun di dunia. Dan manusia tidak mampu bertahan walaupun sesaat."
Dia mengiakan.
"Apa yang harus saya lakukan supaya saya masuk ke syurga? Adakah manusia akan masuk syuga jika melakukan kebaikan?" Tanyanya lagi.
Tak semena-mena aku senyum.
"Anda harus tahu, kebaikan yang paling besar dan utama adalah beriman kepada Allah. Kebaikan selain itu, yang datang tanpa iman dan tidak bermatlamatkan Allah sebagai Tuhan, telah digambarkan Allah seperti debu-debu berterbangan. Tidak bermakna langsung."
Dia mengangguk.
"Bagaimana jika orang yang tidak pernah tahu tentang islam? Adakah dia akan masuk neraka juga?"

"Secara teorinya, ya. Kerana dia bersalah kerana tidak berusaha mencari kebenaran. Namun, dalam masa yang sama orang-orang islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. 'Mengapa mereka tidak menyampaikan tentang islam kepada orang-orang ini?' " Ketika ini aku bersa sangat terpukul dengan jawabanku sendiri. Hati aku berdebar-debar dengan pertanggungjawaban yang aku ambil remeh. Aku rasa malu padanya ketika itu tapi aku tahan saja.

"Jika saya masuk Islam (beriman), adakah Tuhan akan maafkan dosa saya supaya saya boleh terus masuk ke syurga?"
Aku terasa seperti mahu melonjak kegembiraan pada ketika itu. Aku memiliki perasaan yang kuat untuk memeluknya ketika itu. Tapi aku tahan sahajalah dulu.
"Sudah tentu!"
"Walaupun dosa saya banyak?" Dia nampak ragu.
"Ya. Allah itu Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan dosa kita walaupun sebesar gunung sekalipun, walaupun sebanyak lautan, selagi kita bertaubat dengan sebenar-benarnya."
Aku nampak matanya berkaca. Ternyata dia hampir menangis ketika itu.
"Anda harus tahu, Allah itu Maha Berkuasa, Dia Maha Mengetahui. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan-Nya. Dia tahu perkara tersembunyi walaupun seekor semut hitam kecil di atas batu hitam di dalam malam yang gelap gelita. Dan kalam Tuhan itu... sangat banyak. Walaupun semua air di lautan ini digunakan untuk menulis kalam Allah, air laut itu akan habis walaupun kita ganda dengan lautan yang sama banyak dengannya."

Aku pun hampir menangis. Ketika itu aku baru tersedar, perasaan orang yang islam sejak kecil seperti aku sangat tak sama dengan yang lambat memeluk islam. Kita sungguh bangga dengan title islam itu sehingga mendengarkan cerita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pun tidak membawa apa-apa perasaan. Mungkin disebabkan kita telah mendengarkan perkara yang sama sejak kecil. Aku ingin ucapkan terima kasih kepada gadis ini kerana disebabkan dia, aku telah meletakkan diri aku ke dalam diri yang lain serta memahami islam dari kaca mata orang yang baru mengenali Tuhan.
Subahanallah. Indahnya perasaan itu. Seolah-olah mendakwahi diri sendiri.

p/s: Cerita ini bukan untuk pujian. Saya hanya ingin beri perkongsian kepada orang lain bahawa tugas kita di dalam hidup ini bukanlah semudah berfoya-foyaan tapi bukanlah sesusah dakwah Rasul Allah. Peristiwa ini benar-benar memberi motivasi dan keyakinan kepada diri saya untuk hidup sebagai hamba Allah yang 'lurus' walaupun terperangkap sebagai orang asing di dalam sebuah universiti antarabangsa. - Tidak perlu jadi sekular.
ini adalah kisah yang benar2 berlaku, satu pengalaman yg sgt bermakna buat si penulis..

cerita ni aku dapat dari bulletin board kt friendster..thanks tuk cik farah


Monday, October 19, 2009

hebat sangat ke kita ni?




Sebagai Renungan:Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

post asal: story around da world

housemate baru

semalam tangal 18 oktober 2009 aku dapat sekor housemate baru..aku ambik dia kat petronas UPM serdang..aku ambik dia petang,dah nak maghrib mase tu..semalam aku x jangka pn dia nak masuk rumah dah,tapi pagi tu aku rase semacam je..so aku kemas la rumah apape yang patut..huhu..x sangka,kemas punye kemas penuh 3 beg sampah..WTH..?banyak gle sampah kat rumah aku..? apekah..?watever,x ksah la....dalam kul 2ptg gtu housemate lama dia call aku ckap housemate baru aku ni dah ready tuk rehome..alamak..!!aku x ready-kan bilik dia g..aduyai...nak x nak aku terus capai kunci n pegi ke kedai berkaitan tuk beli stuff tuk housemate aku ni.. beli punye beli habis RM91..uh....sampai je umah aku terus setup bilik tuk dia..aku setup baik punye..hehe..nak kasi dia selesa duk umah aku...so ble dah siap setup sume aku kol housemate lame dia cakap aku nak amik housemate aku ni kul 6 nanti..kul 6 tu aku gerak ke petronas UPM tuk amik dia,punye la lame aku tunggu..kul 6.30 baru dia muncul..bersalaman n beramah mesra jap n aku tanye habit n rutin housemate aku ni kat ex-housemate dia..huhu..mcm2 cite aku dapat.. info tu penting tuk pastikan housemate aku ni selesa kat umah aku nanti..so setelah sembang2 n belek2 housemate aku ni,aku puas hati..dia sihat n x berpenyakit..aku setuju nak amik housemate ni..aku bawak dia balik umah..aku tunjuk bilik dia..wah,dia hepi nampak..terus g tilam dia melepak..biar la dulu..petang tu aku main ringan2 je ngan dia..yela,baru g..dia pn x knal aku sangat g..so wat ringan2 je la,nak bagi mesra dulu..pas tu aku tingal dia kat bilik sorang2, aku kene kuar,nak g keje... malam tu bile aku balik umah aku tengok dia x de dalam bilik..ah sudah,mane lak dia pegi ni...?melilau aku carik dia kat umah tu..last2 aku jumpe dia ngah lepak kat bilik aku..huh..tau la bilik ko kecik,lepak bilik aku lak...aku bawak dia kat bilik dia,aku usap2...gosok2 perut dia...dia pn merayap kat dada aku..jilat2 badan aku..huhu...bestnye,x de la aku sunyi sorang2 kat umah pas ni..aku pn dah letih,aku renovate bilik dia sikit2, x nak kasi dia kuar g..pas tu aku tingal dia kat bilik dia..aku pn balik ke bilik aku nak tido.... ni pic housemate aku tu......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ops..!salah upload..hehe..minat kat muke innocent dia..


yay..!!dapat bilik..

merayap2 kat badan..

habis dia teroka..

gigil-gigil-gigil...

hai,saye la bulat..

ha...bulat ni adalah sekor hedgehog yg berwarna albino..umo dia lum sampai 2 bulan..26 okt ni baru cukup 2 bulan... jangan salah angap,bulat ni adalahsekor hedgehog jantan..hehe..ni sikit info pasal menatang hedgehog ni..

Classification CLASS: Mammalia
ORDER: Insectivora
Number of Genus 4
Number of Species 14
Domesticated Species African White-Bellied Hedgehog
(Atelerix albiventris)
Average Life Span 3.5 years
Maximum Life Span 9 years
Common Life Span 4-6 years
Heat Cycle Ovulation induced by male
Estrous: 2 - 5 days
Diestrous: 2 - 5 days
Gestation period 35 days
Litter Size: average 4, up to 9
Eyes open 14-16 days
Weaning age 5-7 weeks
Time to remove from mother: 6-7 weeks
Complete Physical Maturity 10 - 11 months
Average Adult Weight 9 - 19 ounces
255 - 540 grams
Recommended maximum number of litters per year per female hedgehog 2
First Sexual Capability
Male 7-9 weeks
Female 8-12 weeks
First breeding best 6-7 months
Female fertility ends Approximately 3 years
First quilling 4 weeks
Second quilling 6 weeks
Third quilling: 9 weeks
Adult quilling 12 weeks
Adult color quilling 9 weeks
Best Room Temperatures 72 - 80 degrees Fahrenheit
20 - 27 degrees Celsius
Hibernation Hibernation can be lethal for pet hedgehogs
Sexes Males and females should be housed separately
Quills Quills are modified hairs, they are not very sharp and do not have barbs
The average hedgehog has 5,000 -7,000 quills
Quills are hard on the outside, filled with soft air pockets on the inside
There are 2 large muscles on either side of a hedgehog's back to raise and lower its quills and curl into a ball. This is a hedgehog's only defense.
DIET
Diet in the Wild Beetles
Ants
Termites
Grasshoppers
Moths
Centipedes
Earthworms
Diet in Captivity

Dry Cat food
Mink and Ferret food
Cooked poultry (never raw meat)
Cooked egg (never raw)

Diet Supplements (treats) Insects (mealworms, crickets, etc)
assorted fruits and vegetables
Dairy Products Hedgehogs are mildly lactose intolerant. Dairy products should be fed sparingly or not at all
Suggested Nutritional Requirements Protein
Suggested requirement - 22%
Fat
Suggested - 5%
Fiber
Suggested - 15%
Calcium
Suggested - 0.9%
Phosphorus
Suggested - 0.9%
Iron
Suggested - 75 ppm
Copper (mg/kg) 4-23 7-16 3-7
Manganese (mg/kg) 11-146 11-70 5
Zinc (mg/kg) 20-175 100-190 30
Recommended Caloric Intake 70-100 calories per day
HOUSING
Min. Recommended floor area 4 sq feet
0.37 sq Metres
Cage Floor Solid - NO Wire
Exercise

Hedgehog Wheel (solid running surface, no wire)
Toilet Paper Tube (for hedgehogs over 3 months of age only!)
Small child-safe toys
Ferret-size ball under supervision
Daily Handling

COMMON AILMENTS
Wobbly Hedgehog Syndrome (WHS) A genetic disorder that causes progressive paralysis similar to the human form of MS. There is no cure and the afflicted hedgehogs slowly and eventually become totally paralyzed. The disease appears to be carried by a recessive gene making detection and eradication difficult. Breeders should avoid using hedgehogs with any WHS in their family lines.
Cancer Hedgehogs can suffer from cancerous growths and lesions to the same extent as other comparable species. Common to female hedgehogs are ovarian, uterine and mammary tumors; and to males, jaw and testicular tumors.
Eyes Eyes can be lost to quill pokes, most commonly when multiple hedgehogs are housed together. Infection is common if not treated immediately.
Teeth Tooth loss and wear can occur in older hedgehogs. Weight loss can occur in extreme cases. There is some speculation that an all-hard food diet can cause premature tooth wear. Hedgehogs with poor dentition should be fed a soft food diet to compensate and prevent weight loss.
TERMINOLOGY
Males Males
Females Females
Young Hoglets or pups
Breeding Group Herd
Quills Quills or Spines
Anointing or Self-Anointing The act of frothing at the mouth, arching the head back over the shoulders and depositing the frothy saliva onto the quills. Triggered by pungent smells and new tastes. The exact purpose of anointing is unknown.

info ni aku cedok kat hedgehog central

*nota-kaki*korang ngat ape aku pnye housemate ni?*

Monday, October 12, 2009

bye2 nokia 5800xm...


cik appy..
maafkan ku terna terpaksa berpisah dengan mu,
aku terpaksa rala dalam paksa,
menyerahkanmu ke tangan yang lain,
terlalu banyak kenangan kita bersama,
kau tahu semua rahsia aku,
kau tahu aku sayang kamu,
tapi aku terpaksa,
aku dah tiada pilihan lain,
bulan ni aku sesak,
aku harap kau faham,
selamat tinggal nokia 5800 ku...

padahal aku baru wat entri pasal phone bulan lepas...[link]

*nota kaki*aku dah ada penganti,CSL-ape model ntah-walaupun x se-best5800,yang penting leh SMS n wat kol....*

Thursday, October 8, 2009

alert!!!!!kemalasan parah melanda!!!


nape ntah sejak akhir2 ni aku rase cukup2 malas..even nak keje pun sangat2 la malas.. apekah....??mane aku dapat penyakit malas ni..??sape jangkitkan kat aku..??arghhhhh!!!!! bapak malas, malas, malas, malas, malas, malas!!! x tau la,pas habis raya semangat aku sume macam da ilang,always ngantuk x kire mase,act skrg aku ngah study tuk test ahad ni,but ke-malas-an lagi kuat pengaruh aku..so aku stop jap study,nak rest kan minda ni yang kusut,mengarut dan serabut ni..satu hape pun x masuk dalam kepala aku,KOSONG!! ape masalah aku ni,nak kate serabut pasal awek,aku x de awek g setakat ni,nak kate serabut masalah rumah tangga,rumah aku memang bertanga2 pun..masalah aku sekarang aku x tau ape masalah aku..cukup meng-disturb-kan minda..buat keje sume rase x best, ape yang patut aku buat tuk clearkan otak aku ni? KUSUT,SERABUT,MENGARUT...!! mungkinkah aku kusut ni sebab masalah malaysia-indonesia??ape kaitan..?aku bukan PM,aku bukan ORANG POLITIK,aku bukan ORANG PENTING,aku bukan ORANG BESAR, aku insan kecil, aku bukan sape2..aku cuma insan biasa!!dah la,nak taip post ni pon malas..bye2..

Thursday, October 1, 2009

raya monet...(terpaksa tukar tajuk,tersama ngan tajuk entri seorang sahabat)

aku agak lambat meng-update-kan blog ni..aku tengok blog2 len dah x de kuar cite raya.. hehe.. nak wat cne, selama seminggu lebih pas raya ni aku langsung x de mood nak menaip.. mungkin penat..aku pun x pasti..so aku just jalan2 je kat blog orang n hari ni aku ade la mood sikit..sementara aku ada mood ni aku update la blog ni..even bukan ada orang nak baca pun..haha..x kisah la,so cite raya aku agak biasa je..same mcm raya orang len.. pagi raya sejuk2 kene mandi nak g sembahyang raya,makan ngan famili,g sembahyang raya,pas tu nanges2 sikit time mintak maaf(syahdu oo....),g jenjalan umah sedara mara n aktiviti wajib: tido time budak2 ramai2 datang beraya(kalau x tido t kene pow duit raya..mane tahan beb,kat anak buah aku pn dah abis rm150)..ni aku nak cite satu2, start dari hari aku balik kampung hari jumaat tu..

JUMAAT(18/9/09)
hari ni aku still keje g..tapi aku dah sound awl2 kat bos aku yg hari ni aku terpaksa keje separuh hari je..bukan sebab ape,tapi aku nak kene amik akak aku kat shah alam, husband dia x pat join balik kampung..ada "hal yang lagi penting" kate dia..lantak la,malas aku nak masuk campur hal dorang..asalkan aku jalankan tanggung jawab aku sudah..aku keluar dari ofis kul 2.30pm pas sembahyang jumaat,sebelum keluar tu big bos bagi rm200, duit raya katanya n 2nd bos suh amik hamper dalam keter dia..aku ngat hamper kecik2 comel je.. rupanya ha kau...gadang gile,ade kot paras dada aku...

besau gile hamper nih

nasib bek aku bawak kereta..kalau aku bawak motor mcm biasa, x ke naya dibuatnye.. dah la besau,berat gile lak tu..aku agak2 ade la dalam 40 kilo kot.. apapehal... TERIMA KASIH BOS2 SEKALIAN..SELAMAT HARI RAYA...hehe..hamper tu aku masuk dalam kereta pn terpaksa baringkan..mmg x muat kat bonet(kereta kembara)..sampai kat umah aku bawak naik hamper tu(amik ko,tingkat 3 weh..dah la pose2 ni..) untuk proses melapah..kalau x lapah tu mmg aku balik x yah bawak beg la jawabnye..gambar ni aku amik sebelum hamper ni kene lapah..pas siap lapah hamper ni aku kemas2 lak barang yang aku nak bawak balik, berkira2 berapa helai baju nak bawak balik stok seminggu etc2....dah siap sume aku pn gerak p shah alam(aku malas nak masuk shah alam sebenarnye,banyak trafic light n aku bajet mesti jem punye) aku singgah dulu kat SHELL fasa 1 bangi untuk isi minyak, RON 95 jadi pilihan..sampai senak tank tu aku isi..bajet takut sangkut jem je..aku topup skali touch n go aku..aku gerak dari bangi kul 3.30pm...dalam kul 4 lebih dekat kul 5 baru sampai shah alam seksyen 18 umah akak aku,jalan agak sesak..pas pick up akak aku, kitorang trus gerak menuju kampung terchenta..haha..memang dalam bajet aku kitorang x sempat sampai kampung sebelum waktu buka puasa..so awal2 aku dah suruh akak aku bawak bekal makan..in case x sempat sampai kampung leh la buka atas jalan je..tapi ternyata bajet2 aku sangat2 meleset, jalan just jem kat shah alam n kat kapar je..jem sebab trafic light je pun..lepas je dari kapar n meru jalan mmg lancar..hati aku berbunga balik..sempat ni nak buka kat umah ni..sampai kat kuala selangor pn masa tu dah kul 6pm..masa lalu kat bazar ramadhan kuala selangor tu aku nampak 1 kereta yg sangat2 familiar,kete akak aku g 1,tapi dia gerak lagi awal dari aku,kul 3pm dah gerak balik kampung..tapi at last aku ptg dia kat kuala selangor..haha..lembabnye bawak kereta..haha..pas je jambatan kuala selangor tu kat pasir penambang betul2 depan JPJ timbang tu jalan jem..wtfish cake!!x sempat la ni nak buka kat umah..aku bajet jem tu sampai ke tanjung karang..mangai,jauh tu..silap2 sampai umah kul 12am kalau betul2 jem sampai tanjung..uh..aku kecewa balik..uh..jem tu pn gerak slow je..ade brader JPJ lepak tepi jalan tu, senyum je dia tengok kereta berderet dpn dia..nsib bek jem ni still gerak gak..sikit2 gerak..aku tengok ade kereta tersadai kat tepi, 3 bijik yg tersadai..1 kereta remuk depan satu remuk kat belakang n 1 lagi remuk depan n belakang...ni la sikap orang malaysia masa memandu,ske sangat mencucuk angin..kan dah tercium kerata orang..ha..nak ganti tu..alamat x raya la..lame gak la sangkut kat jem tu.. ade kot 20 minit..jem bukan ape pun,orang slowkan kenderaan nak tengok accident tu..pas je jem tu jalan clear balik..tapi aku dah berkira2 x sempat punye nak buka pose kat umah..time tu pn dah 6.30pm..aku bawak pn ala kadar je,average 100kmh je..sampai kat pasir panjang aku nampak serpih2 plastik n kaca kereta bertabur kat atas jalan..accident g la tu..tapi mse tu kereta yg accident tu dah x de..mb terjadi waktu pagi ke tengahari kot.. pasir panjang ni dah x jauh dari kampung aku sungai nipah..aku sampai umah 15 minit nak buka..sempat gak...pas buka n solat sume, layan tgk berita lak..aku x g terawikh mlm tu, penat siot..mase tengok buletin utama tv3 tu ada satu berita ni yang menarik perhatian aku.. sebab aku tengok scene dia cukup familiar..kat pasir panjang..pergh..baru aku tau, accident tu sangat dahsyat..aku ngat biasa2 je..peaugeot baru accident ngan lori..pemandu n penumpang kereta sume meninggal..innalillah...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..akak aku yang kene potong kat kuala selangor tu sampai kul 10 malam...malam ni famili aku x bizi lg wat pesiapan raya..just siap2kan bahan nak wat masak2 esok...

SABTU 19/9/2009
hari ni la aku bangun sahur paling cepat..kul 5am akibat digegar mak aku..terkebil je aku,biasa bgn sahur kul 5.30am,tu pn makan2 simple je.. tapi hari ni makan berat lak..layan je la,g pn t siang aku nak kne tlg2 apape yang patut..pagi2 g dah start bz..aku mcm biasa la,menyemak kat dapur..haha..tlg apape yg patut..tengahari tu aku g sungai besar nak beli apape keperluan raya n makaku ade mintak tlg belikan barang2 basah sikit, baju x beli g..aku pegi tengahari tu pn ngan akak aku,dia pn ada barang nak beli..aku g market dulu beli barang2 basah,takut abis lak kalau lambat..akak aku yg masuk beli barang..pas tu baru g shoping..so kat sg besar tu aku bawak haluan sndri n dia bawak haluan sndri.. (aku malas nak teman orang pompuan shoping, lame gile even nak pilih tudung). tumpuan utama, arkedman..cadang2 nak beli baju melayu sehelai je,tapi usha2 x de yang menarik lak.. pas tu aku tengok ada yang menarik kat baju sepasang..nak taknak beli gak la baju sepasang..

ni baju raya aku ke??x la,tipu je..

pas tu aku jalan kat expo n membeli beberapa helai t shirt n sweater serta sehelai jeans..aku berjaya habiskan rm195 tengahari tu je..kuih2 memang x beli,sebab kat umah dah banyak.. hamper semalam pun aku bawak balik bagi kat mak aku,jadi kuih raya..pas aku siap2 beli sume tu aku terus ke kereta..wtfish cake,akak aku x bis shoping g..adush..aku tunggu kat kereta ade kot 30 minit..tertido2 aku..last2 dia sampai kat kereta just ngan songkok utk anak2 dia n tudung je..la..punye la lame..lantak kau lah akak..aku layankan aje..balik umah je abah cakap pelam dah masak,tinggal nak peram je..akak aku pe g,dgr je pelam dah masak beria dia ajak kutip..layan je..aku pn g la kutip..baru kutip dari 3 pokok je dah banyak ni..

caye x dari 3 pokok je?

ni pun x bis kutip g,x larat la nak kutip sume,g pn siape nak abiskan t?dah dapat mcm ni kitorng terus je peram ngan karbait..hu..2 hari lagi kompom masak cantek ni..pas setel memeram pelam ni aku ngan akak aku g la tlg mak aku masak2..aku tlg tengok je,sambil2 tlg kacau2 rendang mak sikit..haha..waktu malamnye lagi sekali aku g sg besar..bukan pe,saje suka2 nak tengok keadaan malam raya kat sg besar..mangai,ramai gile manusia..kalah jalan T.A.R...hehe..parking pun men sedap je selit kat tepi parit..haha..lantak la,janji ade parking..malam tu x de la beli ape pun..just cuci mata je..barang2 sume men lelong je, kuih muih sume men lelong..ade yg 7 jenis rm20,ade 5 rm10..pas tu aku n kawan2 aku ni g layan minum2 je..kul 1pg baru kuar dr sungai besar..aku tengok time aku nak kuar tu pn masih ramai makhluk2 masuk ke sungai besar..sampai kat kampung,anak2 muda dah siap sedia nak berperang...perang!!??ni la tradisi dak2 muda malam raya kat sini..berperang ngan mercun sampai ke pagi..aku malas nak join..badan penat2 weh..

AHAD 20/9/2009

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR...
LAILLAHAILLALLAHUALLAHUAKBAR..
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM..

dah raya...?hehe..kejap je rase puasa kali ni..alhamdulillah..aku berjaya mengharungi ramadhan ni..pagi2 sejuk tu mandi sunat..pas mandi n siap2 sume aku makan same2 ngan famili pas tu g solat sunat aidilfitri..rase canggung sangat,bukan pe,dah sebulan x makan siang,tetiba je hari ni makan waktu siang..hehe..
sampai kat masjid...wah,ramai gle..(wat2 terkejut, padahal mmg tiap thun mcm ni) biasa le..anak2 kampung yang merantau sume balik ke kampung..yang x de kampung pun singgah menumpang suasana raya..

dalam kereta mase tunggu akak aku pas solat sunat aidilfitri

pas solat, kat umah bermula lah acara mintak2 maaf..syahdu gile time ni..gambar x dapat disertakan sebab ada kat kamera len..t kalau dah dapat aku upload ye...pas acara bermaafan ni kitorang g beraya umah sedara-mara terdekat je..kampung aku punye tradisi baraan dijalankan pada hari ke-2 n ke-3 bagi lelaki, raya ke-4 n ke-5 lak turn pompuan..aku follow sampai ke sungai haji dorani(penah dengar dorani homestay x?) je..sebab aku bawak motor je,pas tu mak,abad,akak n anak2 dia gerak g jauh..mase kat umah pakcik aku kat sungai haji dorani tu akak aku g sorang sampai..so jadi la 2 kereta..aku x follow g jauh2,malas sikit.. hehe..pas dorang balik dari raya jauh2 tu, malamnye x putus2 orang datang umah.. letih o...soto mak aku laku gile,malam first tu je kuah sup soto tu tngal setengah je dari periuk besar yang mak aku masak..

ISNIN&SELASA 21&22/9/2009

hari ni baraan je..tradisi mengunjungi rumah jiran2 tetangga.. aku x de gambar baraan ni.. tapi aku bagi gambar yang look alike baraan kat kampung aku..saje nak kasi nampak suasana tu...
bukan baraan kat kampung aku

sayang betul aku x bawak kamera mase baran tu....x pe la..nak wat macam ne kan..dua-dua hari baraan ni habis waktu petang..penat oo..tapi memang sangat layan...malamnye aku boo tido je..haha..

RABU&KHAMIS 23-24/9/2009

ha...dua hari ni aku lantak raya ngan kawan2 sekolah aku..memang santak gile..act dorang wat sampai 3 hari, but aku follow 2 hari je..ni antara gambar2 yang aku sempat amik..
"sape aku?"ujur beliau

jai usha cicak

"apekah..?"ujur si kura2

hari first je dah mengumpulkan 5 kereta n hari ke-2 mengumpulkan 10 buah kereta..hari ke-3? aku x pasti..x follow..bayangkan la macam ne punye ramai....leh check kat blog ni: empayar-14

JUMAAT&SABTU 25-26/9/2009

hari ni x de ape sangat..just lepak kat umah je..layan2 sedara yang datang sambil2 usha anak dara dorang..hehe..bukan sape pun,sepupu2 aku gak..hehe..peh, x sangka ramai gak sepupu2 aku yang cun melecun..almaklum la..dulu jumpe masing2 kecik g..akak2 aku lak layan petik buah pelam kat kebun..lantak korang la..sampai 7 baldi dorang amik..alamat ceri-beri la makan pelam bebanyak tu....

AHAD 27/9/2009

hari ni balik bangi...!!wargh..sedih gle nak tinggalkan kampung...nak wat mcm ne...aku gerak pagi2 g sebab malas nak harung jem kalau gerak petang2..aku balik x terus ke bangi tapi singgah ke alamanda putrajaya..layan tengok wayang...hahaha...ni la cite yang aku tengok.. sehari suntuk melayan..nak balik umah pun bosan,bukan ade orang pun kat umah tu..

banyak x aku tengok?

erm..aku rase sampai sini dulu la aku punye ke-pen-ngarut-an aku..t rajin2 aku sambung eh....chow..ade keje nak wat..