Friday, September 18, 2009

Pahala Seorang Wanita



Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kepad para wanita yang lain..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc..

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya – ALLAH.

“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.

“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu – Majah.


susah payah ambik dari:oh!tidak untuk bacaan anda semua..yang baik kongsi2kan yang buruk buang2kan

Thursday, September 17, 2009

bye bye templates lame

balik raya!!!!

bukan jalan aku balik kampung

yay yay!!! dah nak raya..hehe..excited gile weh..time2 mcm ni la aku terkenang balik zaman kanak2 dulu sambut raya..2,3 hari lagi nak raya suasana tu dah terasa.. kaum ibu2 dah bizi wat itu ini, kaum bapa bizi cari pucuk kelapa,masak dodol..macam2 lagi lah yang dibuat..kami anak2 membantu ape yang terlarat,tapi kebanyakan tolong tu tolong menyusahkan kot.. haha..dulu rasa2 time puasa tu lama sangat..tapi sekarang pejam celik je dah nak raya..cepat masa berlalu..mungkin tu lah,masa makin pantas berlalu bila kita makin dewasa..anak2 kecil yang aku kenal dulu dah bergelar anak teruna dan dara..mungkin dah ada yang bergelar ibu muda..ramai gak yang aku dah tak berapa cam paras rupa..maklumla..mase kecik2 dulu muka hingusan je..bile dah besar ni masing2 dah hensem bagi yang lelaki dan cun gile bagi yang perempuan..persiapan raya pun mak abah dah tak payah susah-susah uruskan,dah pandai urus sendiri..silap2 baju raya n kuih raya pun anak2 belikan tuk mak abah.. contoh macam mak aku,dah 10 tahun kot x beli kuih sendiri,anak2 je yang bawak balik..ingat lagi aku, dulu masa arwah embah janah (embah=nenek dalam bahasa jawa) ada lagi, pada malau pengumuman raya, semua saudara mara belah emak kumpul kat rumah embah,kitorang bawak makanan tuk berbuka puasa..kitorang buka puasa sama2..anak2 la yang paling best..dapat jumpa sepupu..ramai sepupu aku..kalau nak kira2 ada +- 80 orang kot..memang nak runtuh la rumah embah.. haha..lepas buka puasa tu anak2 kecik termasuk la aku main mercun sambil tunggu pengumuman raya..time pengumuman raya tu semua kumpul depan tv 14 inci kat ruang tamu embah..best sangat..tapi suasana tu sume dah tak de lagi sejak embah pergi 10 tahun lepas..untuk pengetahuan pembaca, embah adalah nenek terakhir aku ada.. nenek dah atuk belah abah aku dah lama tak de,dari aku belum lahir lagi..arwah atuk aku yang belah mak lagi lama,sebelum mak kawin kot..em,sekarang mak cuba hidupkan suasana tu balik.. walaupun dah tak buat kat rumah embah, alhamdulillah saudara2 masih ramai yang datang..suasana tu dah banyak berubah,anak2 kecil dulu dah digantikan dengan cucu2 emak,cucu2 bibik2(makcik) n paman2(pakcik) aku..anak2 kecil dulu semua dah dewasa..ada yang dah bawak anak lagi..hehe..ingat lagi dulu juadah raya yang mak aku wajib buat adalah rojak buah n soto..sekarang mak dah tak buat rojak dah,malas katanya.. raya tahun ni aku agak berjimat..al-maklumlah..keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk berbelanja dengan mewah..em,tapi tahun ni adalah syawal yang paling bermakna.. aku dapat balik kawan baik aku yang dah lama hilang..cukup bermakna.. berbeza dengan 2 tahun lepas..syawal aku cukup suram..hehe..sebab?biar aku je yang tahu.. mak aku baru je kol tadi, tanya aku balik bile..dia ngat aku balik hari ni..nak mintak tolong potong ayam..tapi nak wat macam mane g,aku last keje esok..sian mak abah tak de sape leh tolong kat kampung... em,kalau tak de apape halangan insyallah esok petang aku dah gerak balik kampung..tak sabar rasanya.. moga perjalanan aku selamat n lancar sampai ke kampung.. akhir kata, salam ramadhan dan dalam syawak untuk anda semua..terima kasih sudi singgah di blog ni..hati2 dalam perjalanan,ingatlah orang yang tersayang...

Wednesday, September 16, 2009

aku menyepi sendiri...haha...

kad raya untuk anda semua

lame gile kot aku tak update blog ni...?haha..mungkin disebabkan ke-bizi-an dan ke-buhsan-an yang melanda sejak akhir2 ni..haha..dan catatan ramadhan telah terhenti sejak hari ke-10 lagi..tak pe lah,entri aku kali ni merupakan kesimpulan kepada hari2 yang aku tak catatkan kat sini..mungkin..?tapi kemungkunan entri ni seperti kebiasaannya..melalut tanpa arah tuju..itulah aku...sejak beberapa minggu ni aku agak kurang rehat,dek kerana kerja yang agak banyak..hidup tak melekat kat rumah dan aku ada kat rumah betul2 untuk tidur dan sedikit masa untuk membersihkan apape yang patut..just ada beberapa kali aku terpaksa ketepikan sedikit soal kerja untuk memberi sedikit masa kepada diri sendiri,masa untuk bersosial dan masa untuk bercakap dengan seseorang..aku terpaksa mencuri masa.. minggu lepas aku dihubungi seorang teman lama,cukup lama..teman yang pernah mesra semesra-mesranya..tatkala dihubungi aku rasa seolah2 mimpi, satu2 kenangan lama datang silih berganti..teman yang menemani aku sewaktu kecil mermain,bergumpal,bergaduh,mengaji bersama..teman yang paling aku sayang sewaktu aku bergelar anak2 kecil,sewaktu aku berumur lingkungan5-10tahun.. tetapi semakin aku dewasa semakin renggang aku dengan dia..sampai satu tahap aku dan dia bertentang mata namun tak bertegur sapa..akhirnya berpaling muka dan bergi tanpa kata.. ingat lagi dalam ingatan aku,raya 2 tahun lepas aku nampak dia, tapi aku tak punya kekuatan untuk menegur.. tanpa aku sangka setelah lama menyepi aku dan dia kembali menghubungi..dia ajak aku jumpa malam tu,bersunguh betul dia mengajak..aku berbelah bahagi..tapi gembiranya tuhan sahaja yang tahu..sebenarnya malam tu aku ada kerja yang agakpenting nak dibuat, tapi aku ketepikan semata2 untuk seorang teman..malam tu aku bertantang mata lagi dengan dia,tapi kali ni aku pastikan bukan seperti sebelum ni.. aku kira malam tu cukup indah,macam2 cerita kami kongsi..suka duka,kenangan kanak2 kami.. dan sampai 1 ketika dia bagi tahu dia nak bertunang hujung tahun ni..bertunang?? seperti satu perasaan muncul dalam hati aku,aku tak pasti perasaan apa yang aku rasakan. (bukan jeles ok?just x tau nak cakap macam ne je.hehe..).aku kehilangan kata2 saat tu jaga(macam tak caya je best friend aku dah nak bertunang)..namun aku gagahkan juga menceriakan wajah lalu aku ucapkan tahniah..begitu cepat masa berlalu,tak sangka dia dah nak bertunang..aku? lambat lagi la kot..haha..takpe lah,lagi pun aku belum sedia(pujuk diri sendiri)..haha..well, sebenarnya tak banyak benda menarik jadi kat aku minggu ni..mungkin ada 1,2 je kot.. tapi ramadhan kali ni memang cukup pahit, kebanyakan masa aku sendirian..tak berteman.. well,ni la harga untuk aku belajar dengan pengalaman.. lastly,aku nak ucapkan salam ramadhan kepada insan2 yang berpuasa, aku mohon 1001 kemaafan dari kalian andai ada tersinggung dan tak puas hati..0-0 okeh?salam...(kebanyakan ayat untuk entri ni tak boleh bla,haha..kan dah cakap tadi aku nak mengarut je..)

Wednesday, September 9, 2009

2nd day puasa+exam engineering math??update

ni bukan paper aku

wohoooo!!!!semalam aku dah dapat result paper ni..memang mendebarkan,memang mencemaskan,memang suspen habis..setelah lama menanti,(2 minggu kot??)akhirnya paper soalan n jawapan tu return ke tangan aku..mase lec panggil sorang2 tuk ambik paper tu aku memang cuak habis..leh lak dia announce markah top 5 dulu..aku bajet dalam kepala memang lingkup je la..aku tengok paper kat tangan le tu makin kurang n name aku x dipanggil2..n sampai habis paper tu name aku tetap x di panggil..bukan aku sorang,ade 8,9 orang yang name x dipanggil..cuak gak,apesal paper aku x de?x kan teruk sampai kne buang kot??argh!!!lec tu pun macam x tau kat ne,(lec tu baru menggantikan lec lame yang kiut miut dulu..yang ni pun kiut gak tapi bini orang)dia panggil aku,apehal pulak ni dalam hati aku cakap..rupanya dia suh aku amik paper len dalam bilik dia..huh...!!wat suspen je..rupenye ade paper yang tertinggal..aku pun g la kat bilik dia..tengok2 kat mane dia letak,carik2 jumpe atas rak..siap ade label unknown lg..ches!!unknown??ingat aku alien ape??aku tengok memang paper aku ade kat situ n markah yang cukup memberangsangkan..yay!!aku cukup epi..walau pun mase nak exam tu aku dah bengang tahap tapir..hehe..aku balik ke hall dengan senyuman sampai ke telinga..n aku bagi paper tu kat lec aku terus aku amik paper aku sekali..hehe..banga2..

sentap ni...


mase aku balik kampung sempena merdeka hari tu merupakan kali pertama aku tengok iklan ni kat tv..dan timing aku tengok iklan ni lak memang chantek sangat2..time tu aku pun tengah merokok!!pas aku tengok iklan ni aku terus padam rokok tu..hehe..tapi iklan ni memang memberi kesan yang sangat2 mendalam kat aku..dulu aku leh abiskan 1 kotak rokok dunhill 14 dalam sehari kadang2 lebih n sekarang alhamdulillah aku dah dapat kawal tabiat aku ni..sehari paling banyak cuma 3 batang je..kadang2 x hisap langsung..tapi pantang x leh lepak ngan orang yang merokok..automatik perasaan nak merokok tu meluap2 balik..dari perokok tegar aku mendadak kurangkan jumlah rokok yang aku hisap..ye lah,lagi pun mak aku dah lame suruh aku berhenti merokok ni..kepada anda2 di luar sana,andai ada kawan2 anda cakap nak berhenti merokok..bagi la sokongan.. jangan la duk mengutuk kaw2 punye..jom same2 kite tengok iklan yang aku cakap tu...

Tuesday, September 8, 2009

setelah seminggu menyepi...

tetap x de idea..haha..mungkinkah otak aku semakin hilang kekereatifan atau aku makin malas berfikir..haha..mungkin ya,mungkin tidak

Wednesday, September 2, 2009

aku mengarut x de mood


hari ni x de mood nak cerita pasal pose..nak tukar mood lak..hari ni aku nak cite pasal.... pasal... pasal.... aku x de idea nak mengarut ape hari ni.. yang pasti semalam aku dah tukar no talifon baru..aku bertukar dari no 012-328xxxx ke no 019-696xxxx(maxis gak,siap convert jadi youth club lagi,hehe..)semalam gak aku berjaya habiskan rm10 untuk announce kat kawan2 lama aku..pas tu aku dapat macam2 komen dari dorang..huhu..tepat jam 12 tengah malam aku dengan rasminya tukar ke no 019 tu...so bye2 kepada no lame ku..no tu dah cukup lama aku pakai..sejak tahun 2005,henfon pertama aku pakai sampai la sekarang ni.. macam2 suka duka dah bersama..bercinta n putus cinta ngan no tu..berkawan,berpisah no tu la yang jadi penghubung..bergaduh,berbaik no tu la yang jadi pendamai..tapi kita perlukan pembaharuan..no tu pun dah ramai penganggu..tiap malam aku dikejutkan dengan masej dari orang x dikenali,miskol dari no x dikenali..aku dah malas nak layan..jadi penyelesaian dia,tukar no..habis cerita..

Tuesday, September 1, 2009

puasa oh puasa...hari ke-7,8,9,10


wahaha...lame dah x update blog ni...
puasa ke 7
x de ape yang menarik...macam biasa je...

puasa ke 8
aku balik kampung..mase mula2 nak balik tu memang aku dah kecewa..mane taknye..gelap je...ough...nak ujan..gerimis mengundang..dalam ati dah siap kate peluang nak balik dah nipis..aku tunggu dari kul 8..ujan lagi,kul 9 pun ujan lagi..jam dah pukul 10 pun hujan lagi..akhirnya jam 11.30pagi ujan dah berenti cuma langit je mendung..x pe,mendung pun mendung la...janji aku x basah..ngan tawakalnye aku stat moto pegi ofis akak aku..lepak sane dulu nak dapatkan kepastian ujan x turun..lepak2 last2 lepas zohor gak aku gerak..lebih kurang kul 2.30pm kot..isi minyak ron95 sampai penuh tangki n terus gerak balik kampung..dalam perjalanan 2 jam tu aku dah buat macam2 gaya duduk atas moto tu.. cuma 1 jam pertama je aku masih steady..huhu..sampai kat kampung,aku jalan dah x betul.. sampai kat kampung dalam pukul 4.30pm..akak aku sorang dah ade kat kampung, sorang lagi sampai agak lewat, kul 5 lebih baru sampai..then akak aku yang paling riuh sampai dalam kul 6.30pm... buka puasa hari tu lah yang paling meriah sepanjang ramadhan ni..memang best..12 orang anak buah aku macam2 perangai.. nasib baik akak aku sorang x balik..kalau x..lagi riuh..(aku ade 15 orang anak saudara).. lepas buka kitorang solat maghrib n pas tu sambung balik lepak depan makanan...sambung makan lagi,meratah apape yang ade lagi.. pas tu akak aku yang sulung tu cakap:

akak 1: ai..ni baru ade 12 orang anak buah ko mir,kalau sume balik ade 15...x lame g ko ade 16....
aku: 16?akak ngandung g ke?x tau pun..
akak 1: yela..ko ngat ape..
aku: nampak gak..nak tegur takut kate perli lak..
akak 1:nape lak?
aku: tadi aku nak tegur..nape akak aku ni boroi sangat...
akak 2:ai,pandai lak ko berbudi bahasa ek?
aku: budi bahas kan dudaya kita..
akak 1:....(x terkata-kata,mungkin dalam hati dia cakap"ces adik2 aku ni..)

pas tu kitorang layan sembang2..yang pompuan sibuk sembang kat dapur n yang lelaki sembang depan tv..sembang punye sembang x perasan lak dah pukul 10...argh..terlepas terawih....!!!

puasa ke-9
akak aku 2 orang dah balik ke rumah dorang..tinggal la sorang g akak aku yang still ade kat umah kampung..akak aku yang ngandung tu..dia kate stay sampai hari isnin..yela,isnin kan cuti..hari ke-9 ni bisa2 je..x de pe yang special..just petang tu aku buka pose kat masjid atas jemputan kawan aku..ade kenduri katenye..malamnye dapat gak aku terawih kat masjid kampung aku...lepas terawih aku lepak ngan kawan2 aku sampai kul 12 kot..aku x pasti..

puasa ke-10
last day aku puasa kat kampung sempena cuti merdeka ni..huhu..pagi2 g akak aku dah gerak balik umah dia..aku x leh nak gerak g..lewat sikit..berat lak rase nak balik bangi..yela,rindu masih lum terubat lagi..lagi pun pagi tu mendung je..tu la jadi alasan aku nak gerak lambat..huhu..aku gerak dari kampung dalam kul 11.30am..aku malas nak gerak lewat2 sangat..kalau dah petang t banyak kereta..sampai bangi kul 2.30pm..argh..!!! petang ni aku buka sorang2..sedey siot..

k la sampai sini dulu..esok aku update lagi..apapehal,aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52.....