Thursday, September 15, 2011

blog abandoned

new post available at:
skodingblog-lensa mata

Sunday, August 7, 2011

post terakhir blog ni

lepas ni dah tak ada post baru lagi dah kat blog ni. cerita baru akan bermula. well, penantian yang sia-sia. mungkin ini penamatnya.

salam terakhir. fullstop.

Tuesday, June 14, 2011

cuti panjang yang tak bermakna

arakian tersebutlah kisah seorang jejaka tampan yang sangat pemalu. jejaka yang masihnya memegang gelaran pelajar, menetapnya di sebuah lembah yang penuh dengan pekerjaan harian. akan tetapi bagi jejaka itu jua kebosanan lantaran meniti terlalu lama hari senggang seorang diri. adapun begitu jejaka itu tidak lah menganggur membuang waktu tanpa manafaat, akan tetapi jejaka itu tetaplah bekerja mencari nafkah dirinya. walaupun adakala dirinya bekerja namun tetap jua merasa kebosanan di dalam hatinya....

aduh, ape kene lak aku hari ni nak berbahasa lak...koh3~actually sekarang aku tengah cuti semester. dari 13-5-2011 sampai la 25-7-2011...huhu~sangat lah kebosanan aku sekarang ni. cuti2 ni nak main outdoor tak dak kaki lak. cume awal2 cuti hari tu je sempat layan main rakit kat sungai nenggiri...hoho~cuti2 ni biasak la...aku keje, carik duit sikit2 nak kasi tampung study...adeih, tapi ade masalah gak. bosan beb....kene hari aku kat site ok la, tapi kalau kene hari lepak kat ofis mcm hari ni..?? adush...sangat menjemu dan membekukan otak.... hurm, ingat nak naik bukit broga lagi la. kenape bukit broga lagi? dah berape kali ntah aku naik bukit tuh...kih3~ bukan ape...bukit broga tu yang paling dekat dan paling senang nak naik...hoho~ kire boleh la kalau nak buat fitness training...nak lari kejap dari huru hara duduk kat town, tension keje semua... kih3~ tau2 je la, kalau duk kat bangi ni macam mane...

erm, dah lame aku tak buat post ade gambar ye dak? actually kamera aku dah selamat bersemadi kat sungai nenggiri, kelantan nuh...huhu~ so sekarang aku dah xdak kamera lagi, handset samsung aku pun jin sekali dengan kamera tu bersemadi kat dalam sungai...koh3~ so sekarang aku masih lagi berkira2 nak angkat 1 kamera..mungkin DSLR D90?koh3~ dan bile aku dah ade kamera nanti aku akan berpindah ke blog baru, nak bukak buku baru dan cipta cerita baru...tapi blog ni aku tak akan padam macam tu je, sebab blog ni tempat mula2 aku mengarut, bersedih, gembira...kih3~ insyaallah aku akan kekalkan blog ni sebagai tanda ingatan yang aku pernah bahagia menulis di blog ni...:)

calo.....

Saturday, May 7, 2011

satu kekecewaan

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. lama rasanya tak update post kat sini, aku agak sibuk kebelakangan ni. sibuk dengan exam dan event kelab. untuk ingatan, ini bukan artikel resist atau apape. tapi luahan kekecewaan aku dengan sikap bangsa aku, sikap bangsa melayu.

mungkin bunyinya agak kasar dan keras, tapi ni realiti. pagi ni aku terbaca satu post kat 1 blog yang agak terkenal, post tu agak bagus. mengajak kita berfikir tentang pergolakan politik malaysia. tapi yang cukup mengecewakan aku adalah komen2 yang dtinggalkan oleh pembaca yang rata2 orang melayu. kebanyakan komen yang ada berunsur maki hamun, carutan, salah menyalah, bertelagah, menyindir tak kurang juga komen yang 2 dalam 1. komen 2 dalam 1? ya, komen yang yang berunsurkan keagamaan dan dalam 1 masa mencarut tak tentu hala. sebagai contoh "p**i b**i diorang ni, ni tak ada agama ke l**cau???!!!memang kena laknat la dekat akirat nanti. bawak2 la bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka..." see? you know what, dalam mencarut masih sempat berdakwah? wow, hebat...dalam mencaci masih boleh berdakwah?komen macam ni mesti ada dalam mana2 post yang agak panas dan yang bagi komen ni siapa? orang melayu, beragama islam. seriously, ape bangsa lain akan fikir tentang bangsa melayu? satu bangsa yang diuwar2kan sebagai bangsa yang sopan santun dan beradab? where's the adab dan sopan santunnya?

kalau kita tengok sekarang ni, antara 3 bangsa utama kat malaysia ni bangsa mana yang paling maju dan mangsa mana yang masih ketinggalan? bangsa mana yang paling banyak kes jenayah? hisap dadah, merempit, ragut, rogol, gaduh? malu aku nak sebut semua...tapi ni la realiti. sibuk buat benda yang sia2 untuk menunjukkan dia hebat dan kuat. nak orang takut pada dia, tapi dalam masa ang sama meghancurkan rasa respect orang lain pada diri sendiri.

bangsa melayu ada banyak saluran untuk maju, ada banyak hak untuk semua benda. tapi sebanyak mana yang kita bangsa melayu gunakan untuk maju? berapa orang yang ambil kesempatan ni? kenapa bangsa lain yang takj ada hak seistimewa bangsa melayu ni boleh maju? tak habis gunakan keistimawaan yang ada, tapi masih sibuk minta dan mengharap bantuan yang lain. kalau kita tengok kat KL atau pasar2 malam atau kat kedai2 makan siapa yang selalu kita tengok meminta sedekah? kenapa jadi situasi ni? pada aku mudah, mentaliti. mentaliti kita orang melayu ni dari kecik diasuh untuk meminta dan mengharap. ingin hidup senang tanpa berusaha. hanya tau meminta. kalau kita tanya pengemis2 tu semua, ada dapat bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat tak? jawapan dia ada, tapi tak cukup. manusia ni kalau di bagi bantuan duit memang memanjang tak cukup. kenapa tak cuba berniaga kecil2an? jual kerepek ke...jawapan dia malu....wei, mintak sedekah tak malu pulak ye? kesimpulan aku kat orang2 macam ni mudah je, ada badan yang sempurna, otak yang boleh berfikit tapi malas nak berusaha.

aku ada kenalan yang mempunyai status OKU. masalah spinal cord atau kekurangan anggota badan. tapi aku respect diorang. walaupun ada ketak sempurnaan pada diorang tapi diorang still berusaha. diorang ni atlit untk sukan paralimpik. bila diorang tak ada pertandingan atau even diorang berniaga waktu malam jual ayam goreng, char kuey teow atau cendawan goreng. aku respect usaha diorang. walaupun kurang sempurna, belajar tak habis tapi diorang usaha dengan cara diorang sendiri. sikap diorang ni yang patut kita contohi.


kalau kita perhatikan, banyak sikap2 nagetif yang ada dalam mentaliti orang melayu ni. antara yang ketara adalah sikap hasad dengki. dengki bila tengok orang lain berjaya, mula la nak buat pelik2 dengan perkara2 tahyul nak kasi lingkup. bila tengok orang lain bahagia, mula la nak mencaci. sebenarnya mentaliti ni yang perlu kita ubah. mentaliti la yang akan buat satu2 bangsa ni akan maju.

maaf, mungkin artikel ni berterabur, tak tersusun atau mungkin tak jelas. ya, aku bukan orang politik, aliran sastera, penulisan professional atau ada bakat menulis. ini cuma luahan rasa aku, luahan kekecewaan aku terhadap bangsa aku sendiri. walaupun aku kecewa dengan bangsa melayu, aku tak akan putus asa dengan bangsa aku sendiri. kalau bukan aku orang melayu yang nak menyedarkan orang melayu siapa lagi? mengharapkan bangsa lain untuk sedarkan kita? dalam mimpi pun belum tentu lagi. bangkit la bangsa melayu, jangan sampai bangsa ini dipijak oleh bangsa lain. waktu tu kalau nak berteriak hingga bergegar bumi ni pun dah tak berguna. jangan sampai kita tersungkur ditanah sendiri. malu kalau orang melayu ni hilang kuasa di tanah melayu sendiri.

mohd amiruddin bin dolkarim
3rd year student BET(Hons) in electrical
Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute
1659hr: 7th may 2011

Thursday, April 21, 2011

tajuk baru

...................blog ini telah di update dengan jayanya.............................
adeih, lame gile tak update blog ni,teman ni ha, bizi aje memanjang...hahaha~
sekarang ni tiap minggu keluar outing, layan waterfall repelling, hiking n maybe sabtu ni nak layan wall climbing lak kat mount kiara. pas tu next week dah masuk phase study week, pas tu exam, lepas exam layan outing lagi kat perhentian+nenggiri....pakej sunburn terbaik....hahaha~
ha, weekend baru2 ni pun aku duk layan kursus kat desaru, johor. layan kursus rekreasi luar lavel 1, pas ni tengah bulan 6 layan lavel 2...tp nak kene pertimbangkan dulu....haha~takut x standby mental lagi....
er....cukup2 la aku mengarut ni, tata...

Thursday, March 31, 2011

hachummm.....!!!!!

humangai.....bersawang, berdebu, berlumut dah blog nih...tuan rumah dah lame tak jenguk blog ni, kalau jenguk pun tak de buat apape, just tengok je la....hahaha~ nasib baik usup penari kebudayaan takde kat sini, kalau dia ada alamat kene bako la blog ni...okeh, berenti merepek sekarang.

sedar tak sedar sekarang dah nak masuk bulan 4... bulan 4 ke bulan april? same je kot...? tak kisah la, tapi sedar tak sedar aku dah nak habis 1 semester kat BMI nih... awal mei ni dah start exam pun. rasa cuak tu memang dah ade, tapi ntah le...masa yang ada tu rase macam makin dikejar makin dia lari...makin banyak aku buat lab, makin aku rasa aku tak tau...parah dah ni, tido tak cukup, makan tak cukup, kasih sayang punnnnn tak cukup...hahaha~

never mind about that, er...forget it, maybe....? hehe~ lepas habis exam ni bermula la event2 gile aku...haha~event outdoor yang menggila...right after habis exam ni aku akan ke pulau perhentian and then akan straight away ke sungai nenggiri lagi, layan main rakit kat sana sambil layan kursus BTN...kalau tak pernah ke nenggiri, cuba2 la cari peluang nak ke sana...tak rugi mencuba, ramai kot peserta yang tak pernah join outdoor activities terus jatuh cinta ngan outdoor lepas ke nenggiri nih...hehe... tapi sayangnye dalam trip kali ni aku tak dapat join 1 lagi team yang nak ke gunung stong kelantan pasal clash dengan tarikh sepupu aku kawin... sepupu kawin beb, tak kan tak pegi kot...sok aku kawin orang tak datang tak ke naya? masak aku nak abiskan nasik sekawah tu....hahaha~ lepas je kenduri kawen kat rumah sepupu aku, aku terus ke langkawi pulak...layan main laut lak...huhu~gila ah time cuti sem nanti...memang banyak berjalan ar...kalau ikut hati memang aku nak buat event bag packing jelajah 1 malaysia nih... tapi malangnye kekangan RM lor....hohoho~

insyaallah kalau ade sumber RM yang cukup aku nak try gak buat even bag packing 1 malaysia tuh... aku nak jelajah sume tempat best yg ada kat tanah tumpah darah aku ni sebelum aku jelajah tempat orang....travelling memang akan membuka mata kita... think.

Saturday, February 12, 2011

A moment to remember

salam semua...rasenye dah lame sangat aku tak update blog ni. terlalu lama...haha~ well, sekarang ni aku agak sibuk...al-maklum la, dah jadi student semula... da kembali sengkek...internet pun mengharapkan kat free wifi kat hostel. internet yang maha slow....

dalam sebulan ni pun banyak even2 yang best aku join. first aku masuk ke British malaysian Institute ni (heh, well...ni kat gombak je..bukan kat Britain OK?) aku terus cari kelam outdoor. alhamdulillah ada dan kelab ni super2 aktif...dalam sebulan ni je aku dah follow 2 trip, 1 aku main waterfall repelling kat air terjun sungai pisang and then aku follow 1 lagi trip ke Sungai nenggiri kelantan untuk main kayak kat sana...memang sangat berbaloi rasenye, walaupun aku kene sun burn yang teruk...kulit muka semua menggelupas, tangan hitam and paling teruk tengkuk aku melecet teruk..but it's ok..haha, tak jantan la kalau asyik duk kat dalam aircond je...hahahaha~

erm..hujung bulan 2 ni lak aku akan join 1 lagi trip ke kuala tahan, pahang..kat sane main boat race pulak..hahaha...uish, banyak lak aku main air kali ni..biasa aku main gunung je... tapi ok gak kan, pengalaman baru orang kate...outdoor ni bukan kite fokus kat 1 elemen je, banyak kot cabang dia... erm, someday aku nak join main laut n kalau ade rezeki aku nak main udara lak... hope akan tercapai la...

erm, k la...aku rase cukup ni..kalau aku update panjang2 last2 tak leh publish tak guna gak kan...? so....selamat beramal kawan2...

Wednesday, January 5, 2011

new year...:)


siyes, i love this picture. credit kat brader aujinz a.k.a lanun ranggi.
nape aku suka this picture..?
nape....?
er...sebab dia best?
tak ah, aku suke pic ni sebab aku rase seolah2 aku yg ade dalam tu.. n aku penah dalam situasi ni dan fikir benda yang same. just bezanye adalah lokasi. katun ni atas bukit aku atas bumbung bangunan... pandang langit berfikir dan kembali merokok...hehe..

yup, aku penah pendam rasa yang sangat2 sampai 1 tahap aku tension gile.

aku diamkan, sebab aku taknak ade yang terluka lagi dengan tindakan aku.
aku cuba hilangkan rasa tu dengan terima orang lain...aku sembunyikan kisah aku, tapi at last aku lukakan hati orang tu... ya, aku kejam dalam situasi tu.