Thursday, July 22, 2010

akhirnya.....


"My life has been one great big joke, a dance that's walked a song that's spoke, I laugh so hard I almost choke when I think about myself."

hush...akhirnya aku berjaya gak lepas dari waktu-waktu sukar. hari-hari yang tak kenal siang atau malam. badan pun sudah keletihan, gara-gara processor dalam kepala aku ni none stop running selama semingu ni..nasib baik tak hang je...

setelah seminggu aku hadapai dengan waktu tidur 2-3 jam je sehari (erk? mengalahkan budak exam?) dan bila dah selesai semua, terasa seolah-olah macam baru keluar penjara, ade rasa-rasa macam baru lepas berak angkara sembelit seminggu. heaven je rase...wakaka~ oh....otak tak dapat nak run dengan baik malam ni...aku mau rehat... aku mahu rehat... hari esok masih mendatang.

Monday, July 19, 2010

waka-waka versi seksi habis

kah3~diwaktu aku bosan-bosan merayau-rayau kat dunia "0" dan "1" ni aku singgah jap kat tiub anda dan aku jumpe lak 1 vids ni....sangat merangsangkan, sampai habis aku tengok vids nih...makan tak lalu, mandi terus basah terbawa-bawa ke alam mimpi aku tak sanggup lagi...oh...hehe.... try la enjoy......



owh...berguling tak sudah aku dibuatnye...kih3~adush...but you know what? this is the original version of waka-waka this time for africa.

Thursday, July 15, 2010

Adolf Hitler: negatif dari persepsi barat.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

___________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Sumber asal: Azhar Abdullah.

Saturday, July 10, 2010

sikap...?


wallow eberibodi...wakaka~sangat busan oh dimalam minggu nih...apakah...? well, nak buat macam mane..huhu~this is my life...

hehe...ntah, tiba2 malam ni aku dilanda keinginan untuk menulis. mungkin disebabkan perasaan bosan atau ntah... okeh, sikap dan perilaku seseorang memang cukup berbeza. ada orang memang semula jadi peramah, banyak capak dan menarik perhatian orang sekeliling untuk berkawan dan ada pula sesetengah tu yang lebih banyak diam, serius dan hanya mesra dengan sesetengah orang aje...

well, aku? hehe...aku just seorang yang lebih banyak diam dan buat hal aku sendiri. bukan jenis aku nak potpet2 memanjang...just ade curtain2 masa je aku banyak bercakap..tu pun ngan orang yang aku rapat...hehe..mungkin sesetengah orang menganggap aku seorang yang bosan. well, sekurang2nye aku tak tergolong dalam golongan tin kosong. hanya bercakap macam burung kakak tua. tapi pelaksanaan...zero!!

ape gunanya hanya tau menabur janji2 kosong, bercakap gah mengangkat diri sendiri sedangkan cakap-cakap tu hanya cakap kosong yang ntah apape. berjanji dengan 1001 macam janji manis, yang kesudahannya hampeh tak boleh diguna pakai dah la tin kosong, cakap langsung tak ada fakta sampaikan budak tadika pun tau bezakan yang mana betul dan mana auta. bukan ape, aku dah banyak kali jumpa golongan ni, spesis makhluk ni selalunye dijumpai kat kedai2 mamak, dan kadang2 dijumpai kat coffee house. bercakap air liur bertabur2 sampai banjir, dah tu kuat kenceng...ape kes.....?

tapi tu lah realiti hidup sekarang. orang lebih mudah mendekati golongan2 yang pandai bercakap. mereka dianggap menghiburkan. dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan, menipu sana sini... dah kene kenceng baru nak kepoh sana sini masuk aduan rakyat TV3... contoh dia memang jelas, bersepah2 antaranya kes skim cepat kaya, black money, penipuan internet and what ever so on yang seangkatan...ces, guwa pantang betul makhluk2 macam tu..

guwa pun pernah terkena dengan golongan2 kaki kenceng A.K.A kaki putar belit ni.. pinjam barang, then pulangkan dalam keadaan yang tak sepatutnya.. lepas tu mengilang terus...dem...!! howwwaaaaa....mase sembang cerita memang lebat, projek juta2 punye...taknak kalah...tapi sudahnye hampeh...tak salah kau nak bercakap...tapi biar lah berasas, ada fakta jangan la hanya auta semata-mata....

hurm...so sekarang dari aku buang masa lepak dengan golongan2 macam tu baik aku duduk kat rumah, layan paper work, layan facebook, layan diri aku sendiri dah tentu lagi bagus dan ade faedahnye kat diri aku dari aku lepak kat luar, dengar tin kosong melalak menyembur air liur then hasilnye? zero!!

P/S: ade orang bagi tau aku, kalau ade apape jangan hanya simpan dalam hati. lepaskan ape yang kita rase. nak buat ape pendam je perasaan then diri sendiri yang merana, ade orang lain kisah? erm...tapi tu la sikap aku, lebih banyak mengalah n telan je masalah, mungkin perlu berubah lepas ni..tapi mampu ke aku jadi orang lain? ni la sifat air dalam diri aku.

Wednesday, July 7, 2010

apakah, adakah.... apa erti Cinta.


“I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
Far away and dreaming..

I could spend my life in this sweet surrender

I could stay lost in this moment forever
Well,
every moment spent with you

Is a moment I treasure”...

-aerosmith-I don't wanna miss a thing-

Baik, Cinta itu adalah...

(berhenti sekajap, telan air liur)

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!

Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..

KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!

Enjoy the silence!! Tak paham lagi? Itulah CINTA!!

Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:

“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.”

(Entah betul ke tak Bahasa English aku tu? Lantaklah,)

Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’.., ‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...

That is love!!!,

Why do we feel it's necessary to talk about bullshit in order to be comfortable? Enjoy the silence with someone special, that is comfortably..., That is love!!!,

Dah! Speaking London pulak aku,

Lelaki, walaupun pendiam, walaupun tak meluahkan, itu kerana mereka faham hakikat cinta.., untuk itu cinta lelaki ternampak hanya pada perbuatan, buktikanlah kecintaan kamu kepada Tuhan, bangun di malam hari, bertahajud dan ‘enjoy the silence’ bersama Pencipta sekalian alam... kerana jika kamu tidak mampun ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.., ketahulah, kamu belum cinta kepada Allah...

Ish..tak tahu la kenapa malam ni aku tiba-tiba tercakap tentang cinta? hehe... thanks brader hamka..

Monday, July 5, 2010

bersuri rumah sebentar...


wah...dah dua minggu kot aku menyepi dari berblogging... dan selama dua minggu gak la keje tak berenti2...kih3~workholic mungkin..?uh...!tidak, aku tak sanggup menjadi seorang yang workholic, tak mahu jadi seseorang yang kehilangan masanya...wakaka...tak sempat la, proposal aku dah 75% siap..dan aku tak dapat teruskan buat masa sekarang, punca: kekurangan bahan. mungkin dalam minggu depan leh mula semula kot... argh!!tarikh keramat dah dejat gile.....!! n dalam minggu ni aku mungkin tak perlu menghadap peralatan elektronik yang dipanggil laptop nih. hehe...minggu ni, bermula hari ni sampai hari jumaat nanti aku akan menjadi surirumahtangga separuh masa. kenape?

hehe...actually mem kepada big bos aku dapat tender katering kat 1 lokasi, n dia tak cukup kakitangan..so dia pinjam la beberapa staff mr hubby beliau tuk membantu... siape? aku la, n beberapa orang lagi...hehe...memang kebiasaannya macam ni..fuh...kerja tetap aku waktu katering ni ape lagi, dah tentu la menyiang sayur2 yang ade...kih3~ berbekalkan pengalaman yang aku ada selama setahun lebih berniaga burger, setakat potong sayur ni small the pieces lah. pejam2 mata siap boleh pusing2 pisau sebelah tangan je (okeh, ni hyperbola). dan fevret aku adalah bawang. kenape? sebab bawang la yang dah menyebabkan aku injured banyak kali kat burger dulu... wakaka~pernah sekali aku kehilangan separuh dari kuku aku gara2 potong bawang, wa...dendam kesumat arghh!!!! haha~

dah setel mengerjakan sayur2 yang ada tuh, aku akan menyetelkan kuih muih yang ada lak...kih3~oh..tipikal...duk perabis je kojenye...well, kalau dah namenye katering ni ko memang membohong la kalau ko mengadu kelaparan...keje aku sepanjang hari ni, makan, makan, makan...keje sikit, makan...konon nye jadi QC lah...padahal...ish3~

lepas waktu makan tengahari lak, ape lagi...siap sedia la skill2 yang ada waktu duk rewang kenduri kat kampung...skill basuh pingan n segala periuk belanga semua...kah3~ pakai semat2 g keje, last2 kene sinsing(betul ke ni?) kaki seluar...huh~ (aku lupe big bos bagi tau hari ni ade katering)well, takat basuh pinggan ni heh..kerja aku sejak aku belum reti pakai pempers lagi.. boleh membasuh sambil balas2 mesej le...kih3~(hyperbola semata2).

hoh, datang pulak keje yang paling bes.......siang ayam...erk!!!yang ni aku fail sikit...hehe~ sori la mem...guwa main buang je semua yang ade kat ayam tuh...hehe..bukan takat hilang lemak, memang licin la ayam tu tak berkulit...sorrrrryyyyyy....!! hehe...tak pe mem, tuk kesihatan..temak tepu tak baik tuk penghadaman...kih3~main taram je..... nasib baik big boss panggil jap ade keje len tuk disetelkan, kalau tak habis semua daging ayam tu licin...huhu~

wah...kalau nak cerita semua yang jadi hari ni, memang tak berenti la aku menaip sampai esok pagi...hehehe~ kalau korang biasa ke dapur korang tau la ape yang jadi seterus2nye... semuanya perkara tipikal di dapur... kire lump-sum la, cerita aku. kiranya hari ni sangat enjoy je..:) cuma ape yang aku cuba sampaikan sebenarnya, sesekali kalau kita buat sesuatu yang diluar kebiasaan kita, itu lah yang akan dijadikan kenangan tuk kita... sesekali kite perlu lupakan siapa sebenarnya diri kita, apa status kita tuk memahami orang2 di sekeliling kita...kalau kita seorang bos, jangan la malu tuk bekerja bersama2 dengan staff kita... hehe~

apekah...? ape yang dah aku termengarutkan ni?huhu~