wah...lame gile x g holiday ni....seingat aku, last aku g outdoor adalah pada tahun lepas..kat sungai neggiri...sangat lame tu.....kali ni ngah plan tuk g mencandat sotong kat terengganu.. cadang2 nak g time cuti sekolah... aktiviti mencandat sotong biasanya dilakukan sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.
Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.
Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.
Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.
x sabar dah ni.....harap2 plan tu menjadi... candat sotong betul k..? bukan "SUTUN"!!
0 cakap-cakap:
Post a Comment