Wednesday, January 13, 2010

sedih

sampainye hati mereka membuang bayi secomel ni...?

lately aku jalan2 kat blog orang, kat oh!tidak dengan i love my family aku asyik terbaca pasal kes buang bayi...sedih aku bile baca post2 mcm ni...bayi2 yang x berdosa dibuang macam sampah,dibunuh kejam...siapakah yang melakukan? ibu2 bayi malang itu,tak ada ke lagi perasaan keibuan dalam diri? sedangkan ibu kucing pun sayangkan anak2 yang baru dilahirkan, ini kan pulak manusia...anak2 tu tak berdosa...
masa buat tu suka, seronok...siap rakam itu ini...tapi bila dah ade hasil bayi tu dibuang, konon masa buat tu lambang cinta sejati....cinta taraf sampah!!kalau betul cinta bukan tu caranya tuk membuktikan..kalau betul cinta, NIKAH!!!tu la bukti cinta sejati, cinta sampai mati.. bukan cinta 5 minit bukan cinta sejam lepas tu merana sampai bila2...masa buat tak fikir akibat, bila dah jadi hasil mula la nak merepek meraban, salah menyalah sesama sendiri bile dah merepek meraban mula la sepak terajang caci makian jadi hidangan....

ade dua pihak yang salah dalam hal ni, pihak pertama: lelaki DAYUS kedua: perempuan LURUS.

lelaki DAYUS punya peranan:mengoda perempuan dengan ayat2 cinta puitis berjanji bulan bintang segala...pujuk rayu bagai nak gila..bila dah dapat x mengaku konon perempuan tu main ngan lelaki lain... habistu dara yang ko rasa tu amende?

perempuan LURUS punya peranan lak: konon dah dewasa, fikiran dah matang boleh fikir panjang, tak akan jadi bukan2....lelaki pujuk rayu pun tak termakan...tapi bile dah selalu mula la tak tahan...mula2 pegang2, lama2 merelakan...konon bukti cinta setia, tapi HARAM.... nak kata bodoh tak jugak, masing2 belajar kat universiti.. tapi bile dah cair terus jadi bangang,tu lah akibatnye dah pandai sampai x leh nak diajar....masa tanam benih suka segala...bile dah jadi hasil mula tak keruan...kol jantan,jantan tak nak tgg jawab..cukup bulan nak beranak mula lah gelabah bagai.. sudahnye orang bersalin kat hospital ko bersalin dalam tandas....tak tau nak buat ape, buang anak tu macam ko buang pad kat tong sampah...bile dah kantoi mula la gelabah....dah tak gune dah....

kesimpulan kat sini:dua2 salah....

ok, kes yang kite tengok tu sebenarenye sangat sikit, baru kes buang anak, tapi kes anak luar nikah....?

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


"sikit" kan...?ni baru statistik pecahan mengikut negeri, belum kaum lagi...
ok, kita baca lak berita sikit:

4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.

17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.

4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.
Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.
Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

21 Disember 2008

SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.
Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.

15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.
Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.
Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.
Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.
artikel asal:mujahidah purdah

kes anak luar nikah ni pun ade musim dia..... tarikh yang popular nak tanam benih : 1 januari, 14 febuari, 31 ogos etc2.... n biasanya masuk bulan september,oktober, may etc2...

korang fikir2 la..ape nak jadi ngan bangsa kita.... aku sedih n tersentuh bila terbaca kes2 macam ni...
aku cukup gembira tengok bayi2 comel yang sihat disisi ibu mereka..kelihatan wajah2 bayi ni cukup bersih..semoga bayi2 yang baru lahir ni menjadi insan berguna 1 hari nanti....

0 cakap-cakap: