Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Adolf Hitler: negatif dari persepsi barat.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

___________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Sumber asal: Azhar Abdullah.

Friday, March 19, 2010

kenape ni...?

hari2 yang tipikal sangat membosankan?heh..memang,itu la yang aku duk rase hari2... sangat tipikal, 8am-5pm keje kat ofis or site then kul 6pm-1am kat burger... letih,penat..kesian pada cik hunny, asyik keseorangan..sebolehnye aku akan luangkan masa tuk dia..aku sekarang pun dalam perancangan tuk tukar kerja lain, kerja yang lebih baik dari kerja aku sekarang..kerja yang x membuatkan aku terperuk kat 1 tempat, yang membuatkan minda aku bersawang, beku..

dalam bulan mac ni saje macam2 perkara dah berlaku. tapi org kata kalau banyak benda buruk berlaku bertimpa2 akan ada benda baik yang akan menyusul..betul ke? fakta atau auta semata2?

first benda buruk yang berlaku dalam bulan ni:10/3/2010
-hari tu aku berniaga burger macam biasa, tapi aku dah bau2 ade benda x elok akan berlaku.mase nak alih lori ke depan sikit, start2 lori tak mau hidup, puas aku pulas2 kunci tu..akhirnya hidup gak..alih lori n niaga macam biasa.. mase niaga tu saje aku dah kene 2 musibah.
1)ade budak muntah kat wayar dari generator ke lori..argh!!nak kene jirus air n bersihkan wayar tu pulak, fakta:aku pengeli. memang menyumpah seranah dalam hati..tapi x meluahkan..
2) tengah syok2 tebar telur tuk buat daging special. telur ke empat a.k.a last tebar tuk special order tu. aku pecah telur, pop!! bau "harum semerbak" mencucuk idung. chelake!!telur busuk..!! aku terus angkat daging, kasi buang telur tu, terus jirus kuali yang panas tu dengan air. kasi cuci. naik terus wap air,panas yang amat.nauzubillah bau dia....tiba2 tekak jadi loya, syukur masih boleh bertahan.... tepek balik majerin, kasi licin kuali then scrap permukaan kuali tu balik..tensen tul aku...tapi masih mampu bersabar. lepas tu aku nak tebar telur akan aku pastikan telur tu bukan telur tembelang, serius aku fobia dengan telur....
3) ni part paling best malam tu...around 1am++ sesudah siap mengemas barang2 burger, sume dah masuk dalam lori aku start lori.dem!!tak idup langsung. sebiji lampu pun tak hidup..sah!!bateri kong...ape lagi, menolak la lori tu kejap, syukur leh idup..dalam hati dah hepi gile..dalam perjalanan hantar lori tu, lori jadi semput..kepeh.. kepeh...aku tekan2 minyak, dem..terus mati engin.. try tolak2 lagi. tak mau idup gak..sudahnye dengan kudrat 3 orang kitorang tolak lori tu sampai jalan 6..bapak jauh, ade kot 1 KM...sampai kat rumah dah dekat 2.30am..letih gile......nak tercabut paru-paru n jantung aku...

kalau tolak macam ni tak pe lagi...

benda buruk kedua berlaku: 17/3/2010
segala2nya perfect..lori dalam keadaan baik, telur cun customer boleh tahan...tapi hati rase tak best.. WTH?ape yang akan berlaku? semua masih berjalan dengan lancar, start lori, hidup, bagus....sampai la part si zack nak hidupkan honda dia, x hidup.. dem, sekali lagi? bukak bonet n try nak start lagi.."ketek..ketek.." bunyi dari starter dia..sah starter rosak..nak tolak kasi hidup?mimpi la..kereta auto.. sudahnye aku hantar lori dulu pas tu patah balik kat tempat niaga. nasib baik najib bawak motor...malam tu memang menyeksakan. kereta dia lagi berat dari lori. haish...setengah nyawa gak la menolak kereta tu..sekali lagi menolak kenderaan dari burger ke jalan 6..jauh tu.....sampai rumah sekali lagi kul 2.30pagi..aku masej cik hunny, senyap....kesian dia lame menungu sampai tertidur..aku bersiap, mandi dan solat lalu berbaring merehatkan tubuh...ya allah,penat.. baru aku nak terlelap, telinga menangkap bunyian yang tidak enak..dem!!!mangkuk mane pulak karaoke pagi2 buta ni?barua betul... aku biarkan, tapi sesudah sekian lam aku tak boleh bersabar, ntah dari mane datang angin aku bangun menuju ke tingkap lalu "**$@$ tak tau orang nak tidur ke?? pagi2 buta melalak, anjing pun tau diam!!!*^&^^(^(*" senyap, sunyi........ baru lah aku lelap...kadang2 aku terfikir gak..diorang ni lupe ke yang diorang sebenarnya duduk kat apartmen? rumah yang dinding kau milik orang, bumbung kau lanyai orang dan lantai kau bumbung orang? ini bukan private banglo ok? ade jugak mangkuk2 yang membela anjing, sangat mengangu. malam2 menyalak.. kalau yang tak bela anjing pulak duk bantai karaoke pagi2 buta...tak faham aku, mane kesedaran sivik golongan2 ni....?

benda buruk ketiga berlaku: 18/3/2010
part ni paling best...aku kene saman malam tadi, mase nak alihkan lori kat depan shell.. brader polis tahan aku, mintak ic n lesen. alasan nak saman: lampu ade sebelah je, lampu signal pecah, ni plat patah yang paling best dia cakap: kenderaan dalam keadaan yang tak selamat. abah lu.. aku explain kat brader polis tu, lori ni tak gerak jauh. dari jalan 6C ke jalan 6B SAHAJA. dan waktu bergerak cuma sekitar 1am SAHAJA. heh, dia tak terima penjelasan aku. siap kata nak angkut lori ke balai lagi. aku cakap silakan lah.. the dia tak jadi nak angkut, just saman aje..alasan dia: lori ni bergerak atas jalan kan? haish.. masalah betul, lori tu tak le buruk mane pun, ade lagi rupa lorinye, kukuh lagi.. aku ade pernah nampak 1 apek bawak besi buruk;maksud aku lori dia adalah besi buruk, pintu x de n berkarat bagai. lalu depan polis, polis tu buat tak nampak je.. ni lori yang masih cantik dia saman? dem..aku tak faham..adakah ini korupsi? encik pulisi, if saya ni orang senang, lori tu aku cat baru la, semua aku tukar baru.. siap enjin aku tukar twin cam la..ape nak heran..?dari kau saman aku, baik duit tu aku buat repair lori tu.. soy....

ntah la..nape la malang bertimpa2..?aku pun tak tau..tapi ada gak perkara baik yang berlaku, orang kata hari2 kita macam roda, kadang2 ada kat atas, kadang2 ada kat bawah.. bersyukurlah kita ni masih hidup....

Friday, January 22, 2010

the story of the eagle...













Monday, January 4, 2010

teruskan azam....


sejak sekian lama aku nak berenti dari isap rokok,setelah sekian banyak percubaan, sekarang aku mencuba lagi....rekod paling lama aku bertahan selama 3 bulan lebih...lepas tu kantoi balik... lepas tu segala percubaan aku gagal....so sekarang aku nak buat percubaan baru dengan dorongan dari miss hunny...harap2 aku berjaya kali ni...miss hunny...bagi dorongan eh...?hehe....
antara sebab-sebab nak berenti:

1)memang dah lama nak berenti
2)mak pun dah lame duk suruh berenti
3)tak de manafaat
4)kesihatan semakin merosot(perlu revive)
5)langkah berjimat cermat
6)dorongan dr miss hunny(walau kadang2 macam mematahkan semangat,hehe...)
7)diri sendiri

sebelum ni aku ade gak buat entri nak berenti isap rokok...tapi usaha tu fail...walau macam mane pun,sejak entri tu aku dah berjaya kurangkan bilangan rokok yang aku isap... sebelum tu aku leh isap sekotak dunhill 14 sehari, lepas tu aku dapat kurangkan sekotak tu leh tahan tuk +-semingu,isap rokok semata waktu di toilet n pas mkn+lepak ngan member... agak sukar tuk aku menahan godaan dari makhluk2 perokok tegar yg sentiasa mengoda...tapi sekarang aku nak tekadkan azam,sempena tahun baru ni,aku nak berhenti dari memegang title perokok tegar.. kalau ada sahabat2 kat luar sana tu yang nak berhenti merokok gak,korang jangan la patahkan semangat dorang...sekurang2nye mereka berani buat perubahan dalam hidup dorang..

Wednesday, December 30, 2009

pergi dan tak akan kembali lagi



ahad lepas waktu tengah mamai2, aku dikejutkan dengan 1 pangilan talifon yang menyampaikan berita yang sangat mengejutkan.....

*lagu unforgiven-metalica*

aku: halu..?

akak: mir bru bangun tido ke?

aku:ermm....

akak:ni,pakde meningal tadi...mak suruh talifon semua..

aku:????? biar betul...? innalillah...meningal kat ne?umah ke?

akak:tak.. kat hospital sabak..tadi akak elok sampai umah mak bokde datang nangis2 cakap pakde dah meningal...

aku: yeke...dah tu anak2 pakde sume dah bagi tau ke?

akak:dah bagi tau...abang ehsan ngan abang jali dah gerak balik..kak ajar ngan kak lina je belum...ko balik tak ni?

aku:x tau g...jap g aku kol kak gee...klau dia tak balik aku pun tak balik la.... mane de kereta...

akak:ha...ok la..ko bg tau kak gee ko sekali..

aku:okie....

*perbualan dah diubah sikit sebab malas nak taip*

so aku kol kak gee...nasib dia kata leh balik...so petang tu dlm kul 5 petang baru kitorang gerak dari bangi..sampai kampung pun dah nak isyak...sampai rumah mak kitorang sembang2 sikit pas tu trus g rumah bokde...ramai dah orang sampai... masa kitorang sampai jenazah belum di mandikan, persiapan tengah dibuat...pas jenazah dah siap dimandikan n dikafankan terus jenazah disembahyangkan....kemudian majlis tahlil dijalankan...

esoknye pagi2 dah tercegat kat umah arwah,tolong2 sikit ape yang patut...orang kampung n saudara mara datang silih berganti.. jenazah disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke kubur..sampai kat kubur lahad dah siap..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...selepas jenazah dikebumi, talkin dibacakan...

siapa tuhan kamu?
siapa nabi kamu?
siapa imam kamu?
mana kiblat kamu?

yang lain aku x ingat...
lepas sume dah selesai aku terus balik rumah..tengahari tu gak kitorang gerak balik bangi sebab ade keje nak kene buat....

al-fatihah kepada arwah HAJI HASHIM BIN SUBARI, meningal pada 27/12/2009 pada jam 2.10PM pada usia 68 tahun 8 bulan akibat sepsin to pneumania.doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh... arwah merupakan abang sulung kepada abah kesayangan...

ingat lah, hidup ni cuma pinjaman..ape yang kita dah manafaatkan dari hidup kita ni? adakah cuma disia2kan?renungkan lah....

Tuesday, October 27, 2009

kisah benar

Setelah sekian lama aku duduk di meja persatuan itu, akhirnya aku membulatkan hati untuk menjadi proaktif. Aku sudah tidak tertahan melihat mereka di sebelah begitu ramah menyapa orang yang lalu-lalang tapi aku pula seperti patung busana muslimah yang didudukkan di atas kerusi sebagai pameran tambahan di meja persatuan.

Mula-mula aku senyum dan berusaha mengangkat pandangan kepada orang yang lalu-lalang. Senyum aku perlu lebih sikit sebab ia dinilai dari ekspresi mata sahaja. Dan bukan semua orang senang nak memahami senyuman mata. Disebabkan ramai sangat orang, mulut aku sangat lenguh jadi aku sepetkan mata sepuas hati sahaja supaya aku dikatakan sedang senyum he he.
Namun mungkin masih belum cukup. Tak ada orang singgah lagi ni. Kena proaktif lagi.

"Hye! Would you like to joint us?" Itu ayat pertama yang terpacul dari mulutku kepada seorang perempuan cina yang kelihatan berminat membaca artikel di meja persatuanku. Akhirnya ada yang menyinggah. Dalam hati aku menggelabah dan menyumpah, 'Buatlah ayat bunga-bunga sikit dulu aduh kau ini.'

"Tak mengapa. Saya cuma nak melihat-lihat," katanya dalam bahasa Inggeris.
Aku fikir. Tak mengapa. Teruskan! Proaktif! Proaktif!
"Sekarang persatuan ini dibuka untuk semua. Walaupun anda bukan beragama Islam."
"Ya, saya tahu," katanya sambil tersenyum.

Tapi aku lihat dia lebih cenderung kepada islam itu sendiri berbanding persatuan Islam. Sedangkan dalam kepala aku ketika itu sibuk merancang untuk meramaikan orang dalam persatuan Islam. Sampai jadi terlupa matlamat hakiki untuk meramaikan orang dengan Islam. Jadi cepat-cepat aku bertanya kepadanya mungkinkah dia ingin tahu tentang Islam.
Dia kelihatannya berfikir dahulu.

"Sebenarnya saya mempunyai seorang sepupu yang telah masuk islam," katanya membuka cerita.
"Oh."
"Bolehkah saya bertanya sesuatu?"
"Ya, silakan."
"Jika saya bertanya kepada anda 'Apa itu Islam?', apakah yang akan anda katakan?"
Kepalaku penuh berisi tapi lidah Inggerisku karat macam besi. Aku berdoa dahulu semoga Allah memudahkan urusanku.
"Aa..er..hmm.."
"Anda boleh bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika ya, silakan. Dalam mana-mana bahasa yang memudahkan anda," ujarnya.
"Oh, ya, ya." kataku, malu. "Islam itu maksudnya tunduk dan patuh pada perintah Allah seluruhnya. Kita menyerahkan diri kita kepada Allah semata-mata. Kamu tahu, sebenarnya Islam itu bukan sekadar 'agama' dari sudut yang manusia selalu pandang. Ia menyeluruh. Islam itu ekonomi, politik, sosial, akhlak, dan semuanya. Sehinggakan cara kita bercakap dengan orang lain seperti sekarang ini, juga diajarkan dalam Islam."

Ketika itu tidak semena-mena orang ramai berkumpul untuk melihat perbualan kami seperti berkumpul melihat keraian. Yalah, aku pun bersemangat tanpa disedari apabila mula bercakap dari hati. Siap dengan gaya tangan ke langit. Mungkin itu menarik perhatian semua orang. Semoga mereka tahu, Islam itu terbuka untuk mereka dan semua.
Dia juga bertanya soal purdah yang aku pakai. Aku dengan berbesar hati bercerita tentang isu itu kepadanya.

Dan kami terus bersoal jawab satu dua soalan lagi. Dan akhirnya berkenalan. Bersalaman.
"Sebenarnya saya juga pergi ke meja-meja persatuan agama lain untuk bertanya. Saya tidak berpegang dalam mana-mana agama pun."

"Oh. Silakan bertanya lagi bila-bila masa sahaja jika anda mahu lebih mengenali islam."
Selepas dia pergi, mereka di meja sebelah-menyebelah masih memandang-mandangku dengan wajah ingin tahu berbaur cemburu. Semoga mereka cemburu untuk mengenali islam juga.
Dan selepas itu, aku semakin bersemangat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku juga semakin yakin untuk bersosial. Ya, aku ada Islam yang paling haq jadi mahu takut apa jika kita di pihak yang benar. Yakin! Proaktif!

Aku kemudian berjalan dengan rasa bahagia berkembang, dengan rasa 'izzah akan Islam yang mencelup seluruh jiwaku sambil merasa aura cemburu mata yang memandang. Alhamdulillah.

Sedang aku promosikan keahlian kepada kawan-kawan melayuku, tiba-tiba aku nampak dia datang semula ke meja kami. Kali ini dia bawa buku nota dan sebatang pen bersamanya. Aku terkejut juga dengan kesungguhan dia untuk mengenal islam. Dalam masa yang sama aku berasa sangat malu, terpukul kerana aku fikir selama ini mereka di universiti ini tidak berminat mengenali islam.

Aku menjemputnya ke tepi meja supaya perbualan kami tidak terganggu dengan pengunjung meja persatuan yang lain. Dia mengangguk senyum.

"Boleh ulang kembali apa yang anda ceritakan kepada saya tadi? Saya mahu catatkannya."
Terkejut yang aku alami tadi semakin dikejut-kejut. Memang dia bersungguh-sungguh. Aku rasa sangat terharu dan berdebar-debar.

Aku ada masalah memori. Aku pernah terlupa membuat assignment. Aku pernah menyebut nama orang dengan nama yang lain setelah berkenalan dengannya baru beberapa saat.
Aku dah lupa apa yang diceritakan kepadanya tadi. Namun, aku cuba mengingat kembali dengan susah payah. Mujurlah dia yang banyak mengingatkan aku apa point utamanya. Jadi, tugasku cuma menerangkan kembali sambil tersengih-sengih malu.

Kemudian, aku lihat dia mencatat apa yang aku katakan. Buat pertama kali aku terasa seperti ditemuramah wartawan akhbar Utusan.

"Tolong terangkan kepada saya, tentang syurga dan neraka," soalan baru ditanya.
"Syurga itu sangat indah, buat mereka yang membuat kebaikan. Dan neraka itu sangat menakutkan dan menyakitkan, untuk mereka yang membuat dosa" jawabku dengan penuh ekspresi.

"Jika saya tidak beriman, saya akan masuk neraka?"
"Secara teorinya, orang yang tidak beriman akan masuk neraka. Namun, semua keputusan di tangan Tuhan. Manusia tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan."
"Saya pernah dengar, orang Islam yang berdosa akan masuk neraka. Namun, akhirnya mereka akan masuk syurga juga."
"Benar, tapi anda harus tahu satu hari di neraka itu sangat panjang. Bersamaan 60 tahun di dunia. Dan manusia tidak mampu bertahan walaupun sesaat."
Dia mengiakan.
"Apa yang harus saya lakukan supaya saya masuk ke syurga? Adakah manusia akan masuk syuga jika melakukan kebaikan?" Tanyanya lagi.
Tak semena-mena aku senyum.
"Anda harus tahu, kebaikan yang paling besar dan utama adalah beriman kepada Allah. Kebaikan selain itu, yang datang tanpa iman dan tidak bermatlamatkan Allah sebagai Tuhan, telah digambarkan Allah seperti debu-debu berterbangan. Tidak bermakna langsung."
Dia mengangguk.
"Bagaimana jika orang yang tidak pernah tahu tentang islam? Adakah dia akan masuk neraka juga?"

"Secara teorinya, ya. Kerana dia bersalah kerana tidak berusaha mencari kebenaran. Namun, dalam masa yang sama orang-orang islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. 'Mengapa mereka tidak menyampaikan tentang islam kepada orang-orang ini?' " Ketika ini aku bersa sangat terpukul dengan jawabanku sendiri. Hati aku berdebar-debar dengan pertanggungjawaban yang aku ambil remeh. Aku rasa malu padanya ketika itu tapi aku tahan saja.

"Jika saya masuk Islam (beriman), adakah Tuhan akan maafkan dosa saya supaya saya boleh terus masuk ke syurga?"
Aku terasa seperti mahu melonjak kegembiraan pada ketika itu. Aku memiliki perasaan yang kuat untuk memeluknya ketika itu. Tapi aku tahan sahajalah dulu.
"Sudah tentu!"
"Walaupun dosa saya banyak?" Dia nampak ragu.
"Ya. Allah itu Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan dosa kita walaupun sebesar gunung sekalipun, walaupun sebanyak lautan, selagi kita bertaubat dengan sebenar-benarnya."
Aku nampak matanya berkaca. Ternyata dia hampir menangis ketika itu.
"Anda harus tahu, Allah itu Maha Berkuasa, Dia Maha Mengetahui. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan-Nya. Dia tahu perkara tersembunyi walaupun seekor semut hitam kecil di atas batu hitam di dalam malam yang gelap gelita. Dan kalam Tuhan itu... sangat banyak. Walaupun semua air di lautan ini digunakan untuk menulis kalam Allah, air laut itu akan habis walaupun kita ganda dengan lautan yang sama banyak dengannya."

Aku pun hampir menangis. Ketika itu aku baru tersedar, perasaan orang yang islam sejak kecil seperti aku sangat tak sama dengan yang lambat memeluk islam. Kita sungguh bangga dengan title islam itu sehingga mendengarkan cerita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pun tidak membawa apa-apa perasaan. Mungkin disebabkan kita telah mendengarkan perkara yang sama sejak kecil. Aku ingin ucapkan terima kasih kepada gadis ini kerana disebabkan dia, aku telah meletakkan diri aku ke dalam diri yang lain serta memahami islam dari kaca mata orang yang baru mengenali Tuhan.
Subahanallah. Indahnya perasaan itu. Seolah-olah mendakwahi diri sendiri.

p/s: Cerita ini bukan untuk pujian. Saya hanya ingin beri perkongsian kepada orang lain bahawa tugas kita di dalam hidup ini bukanlah semudah berfoya-foyaan tapi bukanlah sesusah dakwah Rasul Allah. Peristiwa ini benar-benar memberi motivasi dan keyakinan kepada diri saya untuk hidup sebagai hamba Allah yang 'lurus' walaupun terperangkap sebagai orang asing di dalam sebuah universiti antarabangsa. - Tidak perlu jadi sekular.
ini adalah kisah yang benar2 berlaku, satu pengalaman yg sgt bermakna buat si penulis..

cerita ni aku dapat dari bulletin board kt friendster..thanks tuk cik farah


Monday, October 19, 2009

hebat sangat ke kita ni?




Sebagai Renungan:Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

post asal: story around da world

Friday, September 18, 2009

Pahala Seorang Wanita



Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kepad para wanita yang lain..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc..

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya – ALLAH.

“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.

“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu – Majah.


susah payah ambik dari:oh!tidak untuk bacaan anda semua..yang baik kongsi2kan yang buruk buang2kan