aku:????? biar betul...? innalillah...meningal kat ne?umah ke?
akak:tak.. kat hospital sabak..tadi akak elok sampai umah mak bokde datang nangis2 cakap pakde dah meningal...
aku: yeke...dah tu anak2 pakde sume dah bagi tau ke?
akak:dah bagi tau...abang ehsan ngan abang jali dah gerak balik..kak ajar ngan kak lina je belum...ko balik tak ni?
aku:x tau g...jap g aku kol kak gee...klau dia tak balik aku pun tak balik la.... mane de kereta...
akak:ha...ok la..ko bg tau kak gee ko sekali..
aku:okie....
*perbualan dah diubah sikit sebab malas nak taip*
so aku kol kak gee...nasib dia kata leh balik...so petang tu dlm kul 5 petang baru kitorang gerak dari bangi..sampai kampung pun dah nak isyak...sampai rumah mak kitorang sembang2 sikit pas tu trus g rumah bokde...ramai dah orang sampai... masa kitorang sampai jenazah belum di mandikan, persiapan tengah dibuat...pas jenazah dah siap dimandikan n dikafankan terus jenazah disembahyangkan....kemudian majlis tahlil dijalankan...
esoknye pagi2 dah tercegat kat umah arwah,tolong2 sikit ape yang patut...orang kampung n saudara mara datang silih berganti.. jenazah disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke kubur..sampai kat kubur lahad dah siap..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...selepas jenazah dikebumi, talkin dibacakan...
siapa tuhan kamu? siapa nabi kamu? siapa imam kamu? mana kiblat kamu?
yang lain aku x ingat... lepas sume dah selesai aku terus balik rumah..tengahari tu gak kitorang gerak balik bangi sebab ade keje nak kene buat....
al-fatihah kepada arwah HAJI HASHIM BIN SUBARI, meningal pada 27/12/2009 pada jam 2.10PM pada usia 68 tahun 8 bulan akibat sepsin to pneumania.doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh... arwah merupakan abang sulung kepada abah kesayangan...
ingat lah, hidup ni cuma pinjaman..ape yang kita dah manafaatkan dari hidup kita ni? adakah cuma disia2kan?renungkan lah....
yang ni lak kenduri kat umah hadi..kat kampung aku..sungai nipah... layan je gambar2 nih
pengapit orang yang same ke?
"eh minah tu..suka suki je nak usha laki aku"ujur faezah ngan panas.. hehe..
nota kaki: sori eh hadi n faezah, x dapat upload banyak2,internet probs.. kalau aku rajin t aku bagi cd je la kat korang.. n pic ni aku x sempat edit,keje banyak....nak pic besar korang klik je kat gambar tu.... nak download,pandai2 korang eh?
Setelah sekian lama aku duduk di meja persatuan itu, akhirnya aku membulatkan hati untuk menjadi proaktif. Aku sudah tidak tertahan melihat mereka di sebelah begitu ramah menyapa orang yang lalu-lalang tapi aku pula seperti patung busana muslimah yang didudukkan di atas kerusi sebagai pameran tambahan di meja persatuan.
Mula-mula aku senyum dan berusaha mengangkat pandangan kepada orang yang lalu-lalang. Senyum aku perlu lebih sikit sebab ia dinilai dari ekspresi mata sahaja. Dan bukan semua orang senang nak memahami senyuman mata. Disebabkan ramai sangat orang, mulut aku sangat lenguh jadi aku sepetkan mata sepuas hati sahaja supaya aku dikatakan sedang senyum he he.
Namun mungkin masih belum cukup. Tak ada orang singgah lagi ni. Kena proaktif lagi.
"Hye! Would you like to joint us?" Itu ayat pertama yang terpacul dari mulutku kepada seorang perempuan cina yang kelihatan berminat membaca artikel di meja persatuanku. Akhirnya ada yang menyinggah. Dalam hati aku menggelabah dan menyumpah, 'Buatlah ayat bunga-bunga sikit dulu aduh kau ini.'
"Tak mengapa. Saya cuma nak melihat-lihat," katanya dalam bahasa Inggeris.
Aku fikir. Tak mengapa. Teruskan! Proaktif! Proaktif!
"Sekarang persatuan ini dibuka untuk semua. Walaupun anda bukan beragama Islam."
"Ya, saya tahu," katanya sambil tersenyum.
Tapi aku lihat dia lebih cenderung kepada islam itu sendiri berbanding persatuan Islam. Sedangkan dalam kepala aku ketika itu sibuk merancang untuk meramaikan orang dalam persatuan Islam. Sampai jadi terlupa matlamat hakiki untuk meramaikan orang dengan Islam. Jadi cepat-cepat aku bertanya kepadanya mungkinkah dia ingin tahu tentang Islam.
Dia kelihatannya berfikir dahulu.
"Sebenarnya saya mempunyai seorang sepupu yang telah masuk islam," katanya membuka cerita.
"Oh."
"Bolehkah saya bertanya sesuatu?"
"Ya, silakan."
"Jika saya bertanya kepada anda 'Apa itu Islam?', apakah yang akan anda katakan?"
Kepalaku penuh berisi tapi lidah Inggerisku karat macam besi. Aku berdoa dahulu semoga Allah memudahkan urusanku.
"Aa..er..hmm.."
"Anda boleh bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika ya, silakan. Dalam mana-mana bahasa yang memudahkan anda," ujarnya.
"Oh, ya, ya." kataku, malu. "Islam itu maksudnya tunduk dan patuh pada perintah Allah seluruhnya. Kita menyerahkan diri kita kepada Allah semata-mata. Kamu tahu, sebenarnya Islam itu bukan sekadar 'agama' dari sudut yang manusia selalu pandang. Ia menyeluruh. Islam itu ekonomi, politik, sosial, akhlak, dan semuanya. Sehinggakan cara kita bercakap dengan orang lain seperti sekarang ini, juga diajarkan dalam Islam."
Ketika itu tidak semena-mena orang ramai berkumpul untuk melihat perbualan kami seperti berkumpul melihat keraian. Yalah, aku pun bersemangat tanpa disedari apabila mula bercakap dari hati. Siap dengan gaya tangan ke langit. Mungkin itu menarik perhatian semua orang. Semoga mereka tahu, Islam itu terbuka untuk mereka dan semua.
Dia juga bertanya soal purdah yang aku pakai. Aku dengan berbesar hati bercerita tentang isu itu kepadanya.
Dan kami terus bersoal jawab satu dua soalan lagi. Dan akhirnya berkenalan. Bersalaman.
"Sebenarnya saya juga pergi ke meja-meja persatuan agama lain untuk bertanya. Saya tidak berpegang dalam mana-mana agama pun."
"Oh. Silakan bertanya lagi bila-bila masa sahaja jika anda mahu lebih mengenali islam."
Selepas dia pergi, mereka di meja sebelah-menyebelah masih memandang-mandangku dengan wajah ingin tahu berbaur cemburu. Semoga mereka cemburu untuk mengenali islam juga.
Dan selepas itu, aku semakin bersemangat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku juga semakin yakin untuk bersosial. Ya, aku ada Islam yang paling haq jadi mahu takut apa jika kita di pihak yang benar. Yakin! Proaktif!
Aku kemudian berjalan dengan rasa bahagia berkembang, dengan rasa 'izzah akan Islam yang mencelup seluruh jiwaku sambil merasa aura cemburu mata yang memandang. Alhamdulillah.
Sedang aku promosikan keahlian kepada kawan-kawan melayuku, tiba-tiba aku nampak dia datang semula ke meja kami. Kali ini dia bawa buku nota dan sebatang pen bersamanya. Aku terkejut juga dengan kesungguhan dia untuk mengenal islam. Dalam masa yang sama aku berasa sangat malu, terpukul kerana aku fikir selama ini mereka di universiti ini tidak berminat mengenali islam.
Aku menjemputnya ke tepi meja supaya perbualan kami tidak terganggu dengan pengunjung meja persatuan yang lain. Dia mengangguk senyum.
"Boleh ulang kembali apa yang anda ceritakan kepada saya tadi? Saya mahu catatkannya."
Terkejut yang aku alami tadi semakin dikejut-kejut. Memang dia bersungguh-sungguh. Aku rasa sangat terharu dan berdebar-debar.
Aku ada masalah memori. Aku pernah terlupa membuat assignment. Aku pernah menyebut nama orang dengan nama yang lain setelah berkenalan dengannya baru beberapa saat.
Aku dah lupa apa yang diceritakan kepadanya tadi. Namun, aku cuba mengingat kembali dengan susah payah. Mujurlah dia yang banyak mengingatkan aku apa point utamanya. Jadi, tugasku cuma menerangkan kembali sambil tersengih-sengih malu.
Kemudian, aku lihat dia mencatat apa yang aku katakan. Buat pertama kali aku terasa seperti ditemuramah wartawan akhbar Utusan.
"Tolong terangkan kepada saya, tentang syurga dan neraka," soalan baru ditanya.
"Syurga itu sangat indah, buat mereka yang membuat kebaikan. Dan neraka itu sangat menakutkan dan menyakitkan, untuk mereka yang membuat dosa" jawabku dengan penuh ekspresi.
"Jika saya tidak beriman, saya akan masuk neraka?"
"Secara teorinya, orang yang tidak beriman akan masuk neraka. Namun, semua keputusan di tangan Tuhan. Manusia tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan."
"Saya pernah dengar, orang Islam yang berdosa akan masuk neraka. Namun, akhirnya mereka akan masuk syurga juga."
"Benar, tapi anda harus tahu satu hari di neraka itu sangat panjang. Bersamaan 60 tahun di dunia. Dan manusia tidak mampu bertahan walaupun sesaat."
Dia mengiakan.
"Apa yang harus saya lakukan supaya saya masuk ke syurga? Adakah manusia akan masuk syuga jika melakukan kebaikan?" Tanyanya lagi.
Tak semena-mena aku senyum.
"Anda harus tahu, kebaikan yang paling besar dan utama adalah beriman kepada Allah. Kebaikan selain itu, yang datang tanpa iman dan tidak bermatlamatkan Allah sebagai Tuhan, telah digambarkan Allah seperti debu-debu berterbangan. Tidak bermakna langsung."
Dia mengangguk.
"Bagaimana jika orang yang tidak pernah tahu tentang islam? Adakah dia akan masuk neraka juga?"
"Secara teorinya, ya. Kerana dia bersalah kerana tidak berusaha mencari kebenaran. Namun, dalam masa yang sama orang-orang islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. 'Mengapa mereka tidak menyampaikan tentang islam kepada orang-orang ini?' " Ketika ini aku bersa sangat terpukul dengan jawabanku sendiri. Hati aku berdebar-debar dengan pertanggungjawaban yang aku ambil remeh. Aku rasa malu padanya ketika itu tapi aku tahan saja.
"Jika saya masuk Islam (beriman), adakah Tuhan akan maafkan dosa saya supaya saya boleh terus masuk ke syurga?"
Aku terasa seperti mahu melonjak kegembiraan pada ketika itu. Aku memiliki perasaan yang kuat untuk memeluknya ketika itu. Tapi aku tahan sahajalah dulu.
"Sudah tentu!"
"Walaupun dosa saya banyak?" Dia nampak ragu.
"Ya. Allah itu Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan dosa kita walaupun sebesar gunung sekalipun, walaupun sebanyak lautan, selagi kita bertaubat dengan sebenar-benarnya."
Aku nampak matanya berkaca. Ternyata dia hampir menangis ketika itu.
"Anda harus tahu, Allah itu Maha Berkuasa, Dia Maha Mengetahui. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan-Nya. Dia tahu perkara tersembunyi walaupun seekor semut hitam kecil di atas batu hitam di dalam malam yang gelap gelita. Dan kalam Tuhan itu... sangat banyak. Walaupun semua air di lautan ini digunakan untuk menulis kalam Allah, air laut itu akan habis walaupun kita ganda dengan lautan yang sama banyak dengannya."
Aku pun hampir menangis. Ketika itu aku baru tersedar, perasaan orang yang islam sejak kecil seperti aku sangat tak sama dengan yang lambat memeluk islam. Kita sungguh bangga dengan title islam itu sehingga mendengarkan cerita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pun tidak membawa apa-apa perasaan. Mungkin disebabkan kita telah mendengarkan perkara yang sama sejak kecil. Aku ingin ucapkan terima kasih kepada gadis ini kerana disebabkan dia, aku telah meletakkan diri aku ke dalam diri yang lain serta memahami islam dari kaca mata orang yang baru mengenali Tuhan.
Subahanallah. Indahnya perasaan itu. Seolah-olah mendakwahi diri sendiri.
p/s: Cerita ini bukan untuk pujian. Saya hanya ingin beri perkongsian kepada orang lain bahawa tugas kita di dalam hidup ini bukanlah semudah berfoya-foyaan tapi bukanlah sesusah dakwah Rasul Allah. Peristiwa ini benar-benar memberi motivasi dan keyakinan kepada diri saya untuk hidup sebagai hamba Allah yang 'lurus' walaupun terperangkap sebagai orang asing di dalam sebuah universiti antarabangsa. - Tidak perlu jadi sekular.
ini adalah kisah yang benar2 berlaku, satu pengalaman yg sgt bermakna buat si penulis..
cerita ni aku dapat dari bulletin board kt friendster..thanks tuk cik farah
Sebagai Renungan:Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma... Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kepad para wanita yang lain..
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc..
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya – ALLAH.
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu – Majah.
susah payah ambik dari:oh!tidak untuk bacaan anda semua..yang baik kongsi2kan yang buruk buang2kan