Wednesday, January 6, 2010

niat hati...


niat hati nak wat 1 g blog..
fikir2...
timbang2...
kesimpulannye..
x jadi buat...
sebab ape..?
blog yg 1 ni pn sampai naik bersawang baru aku update...
apetah lagi kalau aku ade
dua blog...
lagi pun aku nak cite pasal ape eh?
lupakan niat suci tu
en AMIR...

Tuesday, January 5, 2010

air terjun berkelah( 23/5/2008-26/5/2008)

State Pahang
LocationBetween Maran and Kuantan
Coordinates and map E102 58.79 N 3 45.22
Water SourceRiver
Waterfall ProfileSeveral Falls, mostly vertical
Accessibility4WD and river trekking


dalam banyak-banyak air terjun yang aku dah pegi air terjun berkelah ni antara yang best...
ok, expedisi ni dah lame dah..tadi aku belek2 external aku,jempe lak pic mase ekspedisi ni..so aku pun buat la post ni...hehe...

Air Terjun Berkelah Pahang, kalau pegi kuantan sebut je air terjun berkelah memang orang tau... kat sini air terjun dia bertingkat-tingkat...en. john cite mase breafing tu berkelah ni ada 7 tingkat n setiap tingkat ni ade kolam dia sendiri....
nak kesana sangat senang, dari KL masuk highway ke kuantan pastu exit tol maran, bila exit tol maran ikut kiri (sigboard ke Sri Jaya), Terus lagi sampai melepasi seri jaya dan tol sri jaya, then akan jumpa masjid Kg Gelugor sebelah dia ada kedai makan sebelah kanan jalan. kalau jumpa masjid ini dah dekat la tu, simpang masuk ke BERKELAH simpang sebelah kiri. Masuk simpang ni kedalam lebih kurang 5 minit. Setelah sampai di kawasan rekreasi Berkelah boleh la paking kereta kat sini, kalau hari minggu memang ramai orang yang datang berkelah disini, Gerai2 makanan juga ada. Kemudahan asa yang lain seperti tandas, bilik mandi , pondok semua ada..tapi faham2 la kalau dah namenye kemudahan "AWAM".

Bagi yang nak buat champsite dan bermalam, elok tak payah bawak kereta masuk sebab takde penjaga diwaktu malam, dan ada kes pecah kereta kecuali ada perkhemahan budak2 sekolah kat situ. Untuk bermalam di puncak atau di kawasan champsite kat atas tu , biasanya pengunjung akan meninggalkan kereta dekat masjid kg glogor dan kedai makan tersebut, pas tu nak masuk kedalam biasanya tuan punya restoran tersebut ada menyediakan perkhidmatan menghantar orang menggunakan lori. casnya murah sahaja,kitorang pun masuk dalam guna cara ni...bas mane leh masuk beb....

Dari tapak rekreasi ke champsite kolam 3 mengambil masa 30minit berjalan, untuk sampai ke champsite yang atas sekali iaitu puncak mengambil masa hampir 2jam perjalanan. Champsite kat puncak bersebelahan kolam paling besar dan dalam boleh memuatkan hampir 30 orang satu masa. Bagi kaki pancing kawasan yang paling sesuai untuk memancing adalah antara kolam 3 dan kolam 4, kawasan ini banyak terdapat ikan tengas yang besar2 sebesar tapak tangan. umpan yang paling sesuai adalah buah kelapa sawit yang telah direndam semalaman. kalu nak mandi kolam yang kat puncak jadi pilihan..eloknye korang bawak la life jacket sebab kat sini airnye sangat dalam...kalau tak tau berenang korang senang2 je tengelam.

kalau musim hujan, jangan berkemah hampir dengan gigi air, bahaya tu, kalau ada kepala air khemah memang bye2 la... so kalau nak buat champsite atau memilih lokasi champsite faktor ini perlu diberi perhatian. Kebanyakan kolam2 ini sangat dalam dan ada sesetengahnya ada air pusing di bawahnya. oleh itu faktor keselamatan diri perlu diambil kira. cerita banyak tak guna, ni ada pic sikit aku nak share.....

best buddy-farid

minum dulu sebelum masuk

pungah barang dulu

dah macam kambing jerp...?

gegar2 pn amik gambo?

kerja pertama malam tu- musnahkan gen set

tukang rasa2...

aku sendirian...mane mereka..?

mulakan pendakian

dah sampai kot?

menghembus asap(bagi makan jin)

monyet

lompat

masuk

susah tu nak g situ

malam hari

buat logo

keje aku dah siap

aku punye yang kuning

celahan best....

nasib ko la panjang

bbq time...

sampai sini aje........


Monday, January 4, 2010

sempoi ah....

aku rasa klau kat malaysia ni langsung x leh gerak kot...?


ces...!!!

sangat tak boleh blah ngan video ini....

hari2 sebok!!

pagi tadi zack dengan mengelabahnye suruh aku buat datang ofis suruh aku buat pasport... kate dia ade keje urgent nak kene pegi jakarta....
so start petang ni, petang esok n petang lusa aku akan sebok...kenape?
petang ni nak ke pejabat buat ic...ic ku punya cip dah rosak teruk...ic dah belah 3....
esok petang amik ic(kalau dah siap)terus ke imegresen...mau buat pasport..
lusa petang mahu ambil pasport(kalau dah siap)mahu book tiket ke jakarta...
plan terburu2...last minit punya kol...mahu kesana,trip percutian n kerja... melayang wang....

teruskan azam....


sejak sekian lama aku nak berenti dari isap rokok,setelah sekian banyak percubaan, sekarang aku mencuba lagi....rekod paling lama aku bertahan selama 3 bulan lebih...lepas tu kantoi balik... lepas tu segala percubaan aku gagal....so sekarang aku nak buat percubaan baru dengan dorongan dari miss hunny...harap2 aku berjaya kali ni...miss hunny...bagi dorongan eh...?hehe....
antara sebab-sebab nak berenti:

1)memang dah lama nak berenti
2)mak pun dah lame duk suruh berenti
3)tak de manafaat
4)kesihatan semakin merosot(perlu revive)
5)langkah berjimat cermat
6)dorongan dr miss hunny(walau kadang2 macam mematahkan semangat,hehe...)
7)diri sendiri

sebelum ni aku ade gak buat entri nak berenti isap rokok...tapi usaha tu fail...walau macam mane pun,sejak entri tu aku dah berjaya kurangkan bilangan rokok yang aku isap... sebelum tu aku leh isap sekotak dunhill 14 sehari, lepas tu aku dapat kurangkan sekotak tu leh tahan tuk +-semingu,isap rokok semata waktu di toilet n pas mkn+lepak ngan member... agak sukar tuk aku menahan godaan dari makhluk2 perokok tegar yg sentiasa mengoda...tapi sekarang aku nak tekadkan azam,sempena tahun baru ni,aku nak berhenti dari memegang title perokok tegar.. kalau ada sahabat2 kat luar sana tu yang nak berhenti merokok gak,korang jangan la patahkan semangat dorang...sekurang2nye mereka berani buat perubahan dalam hidup dorang..