sejak sekian lama aku nak berenti dari isap rokok,setelah sekian banyak percubaan, sekarang aku mencuba lagi....rekod paling lama aku bertahan selama 3 bulan lebih...lepas tu kantoi balik... lepas tu segala percubaan aku gagal....so sekarang aku nak buat percubaan baru dengan dorongan dari miss hunny...harap2 aku berjaya kali ni...miss hunny...bagi dorongan eh...?hehe.... antara sebab-sebab nak berenti:
1)memang dah lama nak berenti 2)mak pun dah lame duk suruh berenti 3)tak de manafaat 4)kesihatan semakin merosot(perlu revive) 5)langkah berjimat cermat 6)dorongan dr miss hunny(walau kadang2 macam mematahkan semangat,hehe...) 7)diri sendiri
sebelum ni aku ade gak buat entri nak berenti isap rokok...tapi usaha tu fail...walau macam mane pun,sejak entri tu aku dah berjaya kurangkan bilangan rokok yang aku isap... sebelum tu aku leh isap sekotak dunhill 14 sehari, lepas tu aku dapat kurangkan sekotak tu leh tahan tuk +-semingu,isap rokok semata waktu di toilet n pas mkn+lepak ngan member... agak sukar tuk aku menahan godaan dari makhluk2 perokok tegar yg sentiasa mengoda...tapi sekarang aku nak tekadkan azam,sempena tahun baru ni,aku nak berhenti dari memegang title perokok tegar.. kalau ada sahabat2 kat luar sana tu yang nak berhenti merokok gak,korang jangan la patahkan semangat dorang...sekurang2nye mereka berani buat perubahan dalam hidup dorang..
harap-harap2010 membawa sinar baru dalam hidup ni..... wish list 2010: 1) laptop baru 2) bini tuk bulat 3) hubungan aku ngan miss hunny makin ok 4) hidup lagi teratur 5) segala yg dah di- plan menjadi 6) sambung belajar mungkin 7) PS2 8) motor baru(klau ade rezki) 9) sambar putra sebijik
wah...lame gile x g holiday ni....seingat aku, last aku g outdoor adalah pada tahun lepas..kat sungai neggiri...sangat lame tu.....kali ni ngah plan tuk g mencandat sotong kat terengganu.. cadang2 nak g time cuti sekolah... aktiviti mencandat sotong biasanya dilakukan sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.
Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.
Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.
Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.
x sabar dah ni.....harap2 plan tu menjadi... candat sotong betul k..? bukan "SUTUN"!!
Weight: 1 kg, 200 grams CPU Speed : Intel® Atom® Processor N280 1.66GHz (512kb Cache, 667MHz FSB) Screen Size : 10.2 Graphics Type : Mobile Intel 945 Express Chipset Family Conectivity : Wireless 802.11 b/g, Bluetooth Memory : 1GB DDR2 RAM Optical Drive : N/A Hard Drive Capacity : 250GB SATA HDD Camera : 1.3 Mega Pixel Operating System : Microsoft Windows 7 Starter .
aku dah ade lappy 1, IBM punye...sangat lasak n aku ngat nak jadikan tu lappy tuk keje autocad aku kat umah je..malas nak bawak lappy IBM tu kemane2...sangat berat oh..... semangat mau kumpul duit....hehe...
jumaat lepas aku bosan gile.....petang tu ngan tak niaga burger, ngan ayai( housemate aku) x de kat umah sebab lepak kat shah alam..dalam bosan2 tu aku aku mesej2 ngan mrs. hunny.. tbe2 rase nak ajak dia kuar tengok movie...tapi x plan pun nak tengok movie ape, just rase mcm nak tengok movie alvin and the chipmunk 2 or cite avatar... lg pn tiket x book g,yela, x plan langsung... so aku msg2 ngan mrs hunny ajak dia kuar...aku ajak dia kul 8pm tapi dia suh amik kul 8.20pm, lum siap dia kata..so aku ok je.... aku siap simple2 je, pas tu amik kereta terus g hostel dia...tungu jap pas tu dia muncul.. sembang2 dalam kereta je....sampai alamanda dah kul 8.40pm... beratur jap...
sampai kat depan dia kate tiket abis lak...hampas!!tingal reservation jep... so kene la beratur balik....sampai kat depan balik nasib tiket still ade.. tengok cite alvin tiket x de yg couple, so tengok cite avatar..tu pn dpt tiket depan. 2 line dr depan....layan je la...
ok2..terus ke cite avatar tu..cite ni agak menarik bagi aku, just aku kurang fahan starting dia... cite ni x membosankan walaupun durasi agak panjang:2 jam 40 minit kot.. plot dia x meleret2 tapi padat... CGInya mampu mengalahkan CGI seperti Filem Terminator: Salvation, Transformer: Revenge of Fallen & 2012..huh, aku x tau nak review cite ni...tapi klau korang lum tengok leh la layan tengok...
ni ade sikit fakta pasal filem ni:
Fakta No. 1. Avatar filem James Cameron tak ada kena mengena dengan avatar kartun, budak botak kepala ada arrow.
Fakta No. 2. Avatar filem James Cameron pun tak ada kena mengena dengan avatar yang di gunapakai dalam forum forum internet. (walau pun ada similarity dari segi 'avatar' sebagai perwakilan)
Fakta No. 3. Aku dah tengok avatar Jumaat lalu. (setelah mengenepikan alvin dan chipmunks)
. . . . .
Wow. Memang giler.
Tak sangka pulak aku, Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri dalam citer tu, rupa rupanya negro. haha.
jalan cerita dia macam ni :
Cerita Avatar ini bermula apabila Jake Sully, seorang bekas tentera yang lumpuh dihantar ke Bulan Pandora untuk menggantikan saudara kembarnya (yang mati dibunuh) dalam program Avatar. Ini disebabkan beliau mempunyai kritiria yang hampir sama dengan saudara kembarnya untuk bergabung dengan Avatar milik saudara kembarnya. Namun begitu, penglibatan beliau menyebabkan pasukan saintis dalam program ini kecewa terutamanyan Dr. Grace Augustine kerana Jake tidak memiliki ilmu dan tidak terlatih dalam program Avatar ini.
Semasa menemai Dr. Grace dan Norm Spellman (yang berada dalam badan Avatar) dia telah diserang oleh pemangsa yang menyebabkannya terpisah dari kumpulan saintisnya itu. Semasa keseorang ditempat yang begitu asing baginya, dia telah bertemu dengan Neytiri, salah satu penduduk asal Pandora yang digelar Na'vi. Pada mulanya, wanita Na'vi itu mahu membunuh Jake kerana kaum Na'vi bermusuhan dengan manusia disebabkan manusia telah merosakkan tempat tinggal Na'vi. Namun begitu, dia telah membatalkan hasrat untuk membunuh Jake kerana mendapat petanda dari Eywa (kuasa spiritual bulan Pandora). Neytiri telah menyelamatkan jake dari dibunuh pemangsa dan membawanya di tempat tinggalnya yang dipanggil Hometree. Disana dia telah ajar oleh Neytiri mengenai kaum Na'vi.
Pergaulannya Jake dengan kaum Na'vi telah mengembirakan para saintis dibulan itu kerana ia memungkinkan pemulihan hubungan antara kaum Na'vi dan manusia. Namun bagi Colonel Miles Quaritc, ketua keselamatan di Pandora ia merupakan satu peluang untuk dia dan pasukannya mendapatkan maklumat mengenai kaum Na'vi dalam usahanya menghalau kaum Na'vi dari tempat tinggal mereka iaitu Hometree kerana dikatakan kawasan sekitar Hometree mempunyai galian yang sangat bernilai yang dipanggil Unobtanium.
Jake diberi tempoh 3 bulan untuk mendapatkan segala maklumat mengenai tempat tinggal kaum Na'vi tersebut. Namun begitu, sepanjang penyamarannya itu, dia semakin dekat dengan kaum Na'vi dan telah menjadi pahlawan. Sepanjang itu jugalah, dia mula mempersoalkan misinya dari segi moraliti kerana melihat tindakan manusia yang mahu menghalau kaum Na'vi adalah tidak berperikemanusian dan sikap manusia yang ingin menghancurkan keindahan Pandora.
Setelah mendapati kaum Na'vi enggan meninggalkan tempat tinggal mereka, pasukan tentera manusia telah bertindak menyerang Hometree dan lebih teruk mereka ingin menyerang tempat suci kaum Na'vi. Jake yang berjaya melarikan diri dari tahanan, telah menjadi ketua bagi semua suku kaum Na'vi dan berperang dengan pasukan tentera manusia.
Filem arahan James Cameron ini bukan sekadar cerita semata - mata, ia menyampaikan satu mesej kepada dunia dengan memaparkan sikap manusia yang tamak dan kejam dalam filem ini. Dalam mengejar ketamakan harta, mereka sanggup menghalau dan membunuh kaum peribumi. Ini ditunjukan dalam filem ini dimana manusia yang merupakan makhluk asing bagi kaum Na'vi telah menghalau mereka dari tempat tinggal mereka demi mencarigali Unobtanium yang dikatakan sangat tinggi nilainya di bumi. ia tidak ubah dengan sikap golongan yang kaya dan tamak dibumi ini yang sanggup menindas kaum lemah.
hasil rompakan kat :murkiester.com sori ye tuan blog, aku rompak artikel kat blog ko...