Friday, April 30, 2010

hari ni masuk air...

hari ni kene masuk air sebotol...semua gara2 platlet kurang(kot?) aku tak pasti sebab aku tak faham ape yang doktor cakap...just menurut arahan..huhu~~yang pasti memang platlet aku kurang dari semalam (117-113)...malam ni nak balik kampung, doc kata ok, tapi esok kene buat check darah kat sabak pulak...erm...hope semua ok...

Thursday, April 29, 2010

update ultra fast

baru balik check darah...sah, positif denggi...adush!!demam dah kebah dah...siap leh berlari segala...cuma bangun tidur tadi mase nak mandi aku perasan something yang berbeza kat kulit...bintik merah dah muncul...dalam kepala tak lain dan tak bukan denggi...dah check tadi membuktikan semuanya...esok kene check darah lagi...kalau esok platlet masih kurang alamatnye aku jadi penghuni wad hospital kajang la jawabnye....doakan aku tak masuk wad ye?

ultra fast update

demam sudah ok,tadi pagi bangun2 badan sudah naik bintik2 merah...kejap lagi mahu pergi klinik, nak wat pengesahan...harap2 semua ok..

Monday, April 26, 2010

oh...masih demam di hari ke-3

hoho~~hari ni dah 3 hari aku demam, rasanya dah makin pulih, just badan ni terasa lemah sebab dah 3 hari perut ni reject makanan yang masuk.aku cuma mampu bergantung pada air soya sebagai sumber tenaga.semalam adalah hari yang sangat teruk. petang semalam nak tak nak aku ke klinik, check semua siap ambik darah in case of denggi,petang nanti baru dapat result. check semalam tempreture cecah 38.5'C. sangat tinggi...patutla aku menggigil dengan teruk...malam tadi aku tidur kat rumah kak G, dia risau aku tidur sorang2 kat rumah, takut jadi sesuatu yang tak diingini.harap2 demam ni cepat recover. thanks to insan2 yang ambil berat kak G, kak Nomah, kak ina, abang nizam, abang man dan insan2 lain...tapi aku masih rasa kekurangan...jarak aku dan dia makin jauh, dia sudah bahagia...

Saturday, April 24, 2010

demam...

mood hari ni tak menentu dek kerana kedemaman yang melanda... badan sudah sakit2... dari pagi hanya mampu merehatkan diri...makan panedol...tu jela...kalau aku pergi klinik pun same gak... ubat paracetamol tu jugak yang di baginye...em, agak terasa hati dengan seseorang, aku online dan dia terus offline...takpe lah, dia dah menyampah dengan aku kot......

ohoho...hari yang letih...

hari ni 23/4/2010 sangat letih...banyak juga kerja yang dah disiapkan...progress dah 70% siap... alhamdulillah, kali ni tak ada kes kehilangan kebel... kerja-kerja pendawaian dah selesai, circuit untuk auto gate pun dah siap... em, masa aku kerja overhead dulu ade satu kes kehilangan kabel yang sangat menyusahkan team aku. kehilangan 1 drum kael ABC 185mm...wah, sangat masalah tu, turun naik TNB, menjawab lagi...sangat chelake la sape yang curik kabel tu...

tak mau cerita tentang kerja, mahu cerita tentang hari ini... haha~~ hari ini sangat letih, keje banyak...setel tadi pun dah kul 6.30 pm...aku malas nak balik rumah, lepak dulu kat burger, nak tengok kaletah orang ramai...malam ni sampai rumah dah pukul 11.30pm... bayangkan berapa jam tanpa rehat? tangan pun dah melepuh, habis terkopek kulit tangan...huhu~~tadi lepak kat burger bukan keseorangnan, aku sembang dengan my best buddy si farid, sekali dengan zack... sembang2, bincang tentang urusan farid yang hampir complete. ya, ko hepi farid... apapehal, aku nak ucap tahniah kat ko.sebab lepas ni tanggungjawab ko akan bertambah. aku, aku masih steady...tungu grad je g... macam2 cerita keluar dan akhirnya soalan yang aku fobia...
"ko macam mane dengan dia, dah ok balik macam biasa ke?"tanya farid...
dem, aku terdiam. ape perlu aku jawab g...? "aku macam ni la...lone ranger je,dah dia taknak, takkan aku nak memaksa...dia ada pilihan sendiri"
"ko tak try lagi?"
"nak try amendenye, dia senyap je ngan aku...even a massage pun dia x de hantar, nak tanya khabar pun tak...takkan aku nak terus menerus mesej dia. dah lame aku tak kol dia..takut mengangu lak...kalau jadi apape nanti aku disalahkan jadi orang ke tiga..aku taknak macam tu..."
"ko ni...sampai bile ko asyik nak mengalah je...?"
"sampai ada seseorang yang nak terima aku dengan ikhlas..siape aku ni, nak letak harapan pada dia..."
"..."
"aku macam ni jela....ko je yang still ngan aku,so sekarang nak fikir kat 1 benda je..."
"mer, banyak lagi yang nak kat ko...buat ape ko nak semak2 kepala...bunga bukan sekuntum ma..."
"memang....memang senang bagi mata yang melihat,mulut yang berkata2...tapi kalau hati yang menanggung...?ko pun tau kan aku macam mane?"
"sabar je la k?aku dah nasihat dulu ko taknak dengar...sekarang ni aku cuma leh tolong ape yang aku mampu je..."
"kalau aku propose dia pun belum tentu dia terima...kalau hati dia dah milik orang lain..."
"dia terima siape?"
"...."
"bro, bile lagi trip outdoor ade?"

..........................................................................................................................................................................

hal lain pula menyusul, aku tak mahu bincangkan hal ni lagi dengan ko farid..maaf, biar la hal ni berlalu. memang,ko tengok aku macam dah tak kisah...tapi aku hanya orang biasa, perasaan ni aku tak boleh tipu...walaupun aku senyum, tak bermakna aku gembira. aku cuma boleh melupakan seketika, waktu aku sibuk bekerja. tapi bila aku senggang...siapa yang tahu...

bila putera idaman datang dengan kuda putihnya...sang puteri gugup tak terkata2... bersama melihat horizon di ufuk timur, mentari membawa kebahagiaan.