Saturday, May 7, 2011

satu kekecewaan

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. lama rasanya tak update post kat sini, aku agak sibuk kebelakangan ni. sibuk dengan exam dan event kelab. untuk ingatan, ini bukan artikel resist atau apape. tapi luahan kekecewaan aku dengan sikap bangsa aku, sikap bangsa melayu.

mungkin bunyinya agak kasar dan keras, tapi ni realiti. pagi ni aku terbaca satu post kat 1 blog yang agak terkenal, post tu agak bagus. mengajak kita berfikir tentang pergolakan politik malaysia. tapi yang cukup mengecewakan aku adalah komen2 yang dtinggalkan oleh pembaca yang rata2 orang melayu. kebanyakan komen yang ada berunsur maki hamun, carutan, salah menyalah, bertelagah, menyindir tak kurang juga komen yang 2 dalam 1. komen 2 dalam 1? ya, komen yang yang berunsurkan keagamaan dan dalam 1 masa mencarut tak tentu hala. sebagai contoh "p**i b**i diorang ni, ni tak ada agama ke l**cau???!!!memang kena laknat la dekat akirat nanti. bawak2 la bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka..." see? you know what, dalam mencarut masih sempat berdakwah? wow, hebat...dalam mencaci masih boleh berdakwah?komen macam ni mesti ada dalam mana2 post yang agak panas dan yang bagi komen ni siapa? orang melayu, beragama islam. seriously, ape bangsa lain akan fikir tentang bangsa melayu? satu bangsa yang diuwar2kan sebagai bangsa yang sopan santun dan beradab? where's the adab dan sopan santunnya?

kalau kita tengok sekarang ni, antara 3 bangsa utama kat malaysia ni bangsa mana yang paling maju dan mangsa mana yang masih ketinggalan? bangsa mana yang paling banyak kes jenayah? hisap dadah, merempit, ragut, rogol, gaduh? malu aku nak sebut semua...tapi ni la realiti. sibuk buat benda yang sia2 untuk menunjukkan dia hebat dan kuat. nak orang takut pada dia, tapi dalam masa ang sama meghancurkan rasa respect orang lain pada diri sendiri.

bangsa melayu ada banyak saluran untuk maju, ada banyak hak untuk semua benda. tapi sebanyak mana yang kita bangsa melayu gunakan untuk maju? berapa orang yang ambil kesempatan ni? kenapa bangsa lain yang takj ada hak seistimewa bangsa melayu ni boleh maju? tak habis gunakan keistimawaan yang ada, tapi masih sibuk minta dan mengharap bantuan yang lain. kalau kita tengok kat KL atau pasar2 malam atau kat kedai2 makan siapa yang selalu kita tengok meminta sedekah? kenapa jadi situasi ni? pada aku mudah, mentaliti. mentaliti kita orang melayu ni dari kecik diasuh untuk meminta dan mengharap. ingin hidup senang tanpa berusaha. hanya tau meminta. kalau kita tanya pengemis2 tu semua, ada dapat bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat tak? jawapan dia ada, tapi tak cukup. manusia ni kalau di bagi bantuan duit memang memanjang tak cukup. kenapa tak cuba berniaga kecil2an? jual kerepek ke...jawapan dia malu....wei, mintak sedekah tak malu pulak ye? kesimpulan aku kat orang2 macam ni mudah je, ada badan yang sempurna, otak yang boleh berfikit tapi malas nak berusaha.

aku ada kenalan yang mempunyai status OKU. masalah spinal cord atau kekurangan anggota badan. tapi aku respect diorang. walaupun ada ketak sempurnaan pada diorang tapi diorang still berusaha. diorang ni atlit untk sukan paralimpik. bila diorang tak ada pertandingan atau even diorang berniaga waktu malam jual ayam goreng, char kuey teow atau cendawan goreng. aku respect usaha diorang. walaupun kurang sempurna, belajar tak habis tapi diorang usaha dengan cara diorang sendiri. sikap diorang ni yang patut kita contohi.


kalau kita perhatikan, banyak sikap2 nagetif yang ada dalam mentaliti orang melayu ni. antara yang ketara adalah sikap hasad dengki. dengki bila tengok orang lain berjaya, mula la nak buat pelik2 dengan perkara2 tahyul nak kasi lingkup. bila tengok orang lain bahagia, mula la nak mencaci. sebenarnya mentaliti ni yang perlu kita ubah. mentaliti la yang akan buat satu2 bangsa ni akan maju.

maaf, mungkin artikel ni berterabur, tak tersusun atau mungkin tak jelas. ya, aku bukan orang politik, aliran sastera, penulisan professional atau ada bakat menulis. ini cuma luahan rasa aku, luahan kekecewaan aku terhadap bangsa aku sendiri. walaupun aku kecewa dengan bangsa melayu, aku tak akan putus asa dengan bangsa aku sendiri. kalau bukan aku orang melayu yang nak menyedarkan orang melayu siapa lagi? mengharapkan bangsa lain untuk sedarkan kita? dalam mimpi pun belum tentu lagi. bangkit la bangsa melayu, jangan sampai bangsa ini dipijak oleh bangsa lain. waktu tu kalau nak berteriak hingga bergegar bumi ni pun dah tak berguna. jangan sampai kita tersungkur ditanah sendiri. malu kalau orang melayu ni hilang kuasa di tanah melayu sendiri.

mohd amiruddin bin dolkarim
3rd year student BET(Hons) in electrical
Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute
1659hr: 7th may 2011

0 cakap-cakap: